Cari:
Amalan Perubatan Tradisional Cina di Malaysia(1)
2013-06-11 10:24:12 CRI Cetak

Kaedah perubatan tradisional Cina mempunyai sistemnya yang tersendiri. Ilmu yang berasal dari negara China dan telah diamalkan selama beribu tahun ini bukan sahaja masih mempunyai tempat di zaman yang serba moden ini, bahkan semakin diterima oleh masyarakat di negara lain.

Wang Jinrong ialah seorang doktor perubatan tradisional Cina yang terkenal. Beliau yang mahir dalam perubatan tulang telah mencipta kaedah istimewa untuk mengurangkan rasa sakit pada leher, bahu, pinggang dan kaki yang diakibatkan kecederaan tisu lembut. Mengikut kaedah beliau, ubat herba berbentuk cecair disuntik ke dalam titik tertentu pada tubuh badan manusia atau sendi-sendi, dan kemudiannya bahagian itu diurut. Kaedah tersebut akan menjadi berkesan dengan beransur-ansur, namun kesan susulan dan risikonya lebih rendah daripada pembedahan.

Dr.Wang Jinrong

Pada tahun 1999, Akademi Ilmu Perubatan Tradisional China telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan badan perubatan Malaysia seperti Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur. Dalam tempoh lebih enam tahun beliau berkhimat di Malaysia, Dr. Wang Jinrong telah memperoleh banyak pengalaman dan kenangan indah baik dalam bidang kerja mahupun kehidupan harian di sana. Beliau telah menganggap dirinya separuh orang Malaysia.

Temu bual Dr. Wang Jinrong bersama wartawan CRI akan disiarkan dalam rancangan Suara Sutera pada 19 dan 26 Jun nanti. Dalam rancangan tersebut, Dr. Wang Jinrong akan menceritakan pengalaman beliau ketika bertugas sebagai doktor perubatan tradisional China di Malaysia. Saudara dialu-alukan mengikuti rancangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China