Cari:
Apakah Itu "Kebahagiaan"?
2013-06-27 11:44:57 CRI Cetak

Kekayaan rakyat Jerman yang semakin bertambah tidak membantu meningkatkan indeks kebahagiaan penduduk negara itu. Sehubungan dengan itu, 17 orang ahli parlimen dan 17 orang sarjana Jerman bersama-sama mengemukakan saranan supaya indeks kebahagiaan rakyat diutamakan ketika memberikan penilaian terhadap pentadbiran kerajaan, dan bukannya kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK).

Dalam konteks ini, kerajaan Jerman merancang memperkenalkan "model Bhutan"yang dipercayai boleh membantu meningkatkan rasa kebahagiaan rakyat negara itu. Menurut kerajaan Bhutan, 9 perkara perlu dipertimbangkan ketika membuat penilaian terhadap kemajuan masyarakat sesebuah negara, iaitu taraf kehidupan, jaminan kesihatan, pendidikan, pentadbiran yang bersih, keadaan ekologi, perasaan pisikologi, hubungan pergaulan antara penduduk, kepelbagaiaan budayaan serta hubungan antara manusia dengan masa.

Kerajaan Bhutan kini memperkenalkan konsep "tiga 8 jam" untuk meningkatkan taraf kebahagiaan rakyat, iaitu 8 jam untuk bekerja, 8 jam untuk bersantai dan 8 jam untuk tidur dalam sehari.

Apa pandangan saudara pendengar mengenai "rasa kebahagiaan" dalam kehidupan pada zaman moden ini, jangan malu-malu untuk berkongsi pandangan dengan kami dalam ruangan "Salam" pada 5 Julai 2013 nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China