Cari:
Farah: Catatan Perjalanan ke Suzhou Hari Pertama
2013-07-02 10:20:11 CRI Cetak

Minggu lalu apabila diberitahu saya akan menyertai rombongan wartawan ke bandar Suzhou, saya berasa cukup teruja. Pada tahun 2009, saya pernah melawat ke bandar Suzhou, tetapi tidak dapat singgah lama-lama di sana kerana bandar Suzhou cumalah salah satu tempat persinggahan dalam perjalanan kami yang melawat ke Shanghai, Hangzhou dan Suzhou. Pada waktu itu, saya cuma sempat menikmati keindahan bandar lama Suzhou. Rombongan kali ini pula akan meninjau ke Taman Perindustrian Suzhou.

Menaiki van yang disediakan untuk ke Suzhou

Selain saya dan cik Izzati yang juga dari bahagian bahasa Melayu CRI, terdapat empat orang staf CRI lain yang mengikuti rombongan kali ini, dua orang dari bahagian bahasa Mandarin, seorang dari bahagian bahasa Kemboja dan seorang lagi dari bahagian CRI Online. Seronok sekali dapat berkenalan dengan kawan-kawan baharu!

Puan Chen Ting memperkenalkan provinsi Jiangsu kepada ahli rombongan.

Bandar Suzhou terletak di tenggara provinsi Jiangsu dan tidak jauh dari bandaraya Shanghai. Oleh sebab tiada penerbangan langsung dari Beijing ke Suzhou, kami menaiki penerbangan ke Shanghai dahulu, kemudian menyambung perjalanan melalui jalan darat. Cuaca hari ini kurang elok, jadi penerbangan kami berlepas sedikit lewat dari Beijing. Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong, kami disambut dengan mesra oleh seorang pegawai dari Perbadanan Penyiaran Jiangsu, puan Chen Ting. Tiga orang wartawan Singapura yang turut menyertai lawatan ini telah tiba lebih awal daripada kami, jadi duduk menunggu di dalam van yang disediakan untuk membawa kami semua ke Suzhou.

Encik Liu Jie menhalu-alukan kedatangan kami.

Sepanjang perjalanan yang selama kira-kira satu jam setengah, puan Chen Ting tidak berhenti-henti memperkenalkan keadaan di provinsi Jiangsu, termasuklah perbezaan dalam dialek yang ditutur penduduk tempatan seperti di bandar Suzhou dan Nanjing. Ini perkara yang sungguh menarik!

Matahari sudahpun terbenam apabila kami tiba di Suzhou. Encik Liu Jie, Pengarah Pusat Media bagi Jawatankuasa Pentadbiran Taman Perindustrian Suzhou menyambut kami dengan menyediakan jamuan makan malam yang cukup istimewa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China