Cari:
Farah: Catatan Perjalanan Hari Keempat di Suzhou
2013-07-05 09:13:35 CRI Cetak

Di Genway I-Park ini juga kami sempat melawat ke pejabat syarikat Baxter dan IBM. Kedua-dua syarikat ini tersenarai antara 100 buah syarikat yang paling cemerlang di dunia. Sebagai pintu kepada pasaran China dan India, kedudukan Suzhou yang strategik ini menarik syarikat-syarikat antarabangsa tersebut untuk membuka cawangan di sini.

Michael G, Pengarah Operasi Syarikat Baxter yang menyambut kedatangan kami ke syarikat Baxter telah berkongsi maklumat tentang syarikatnya, iaitu sebuah syarikat penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk perubatan yang berasal dari Perancis. Syarikat ini kini berada dalam fasa peralihannya, maka peralatan pejabat dan kakitangannya belum semua dipindahkan.

Michael G, Pengarah Operasi Syarikat Baxter menyampaikan taklimat.


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China