Cari:
Mendekati Kongres Rakyat Kebangsaan China (2)
2013-07-09 10:13:58 CRI Cetak

Rombongan wartawan yang terdiri daripada hampir 50 orang dari pelbagai bahagian bahasa CRI telah mengunjungi "The Great Hall of People" atau Dewan Kongres Rakyat di Beijing pada 26 Jun lalu.

Para wartawan telah sempat melawat Dewan Mesyuarakat Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan mewawancara pegawai dari NPC tentang peranan dan tugas NPC.

Kongres Rakyat Kebangsaan atau ringkasnya NPC merupakan sistem politik asas China. NPC sebenarnya badan kekuasaan negara tertinggi dan terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih oleh provinsi, wilayah autonomi, bandar di bawah pentadbiran kerajaan pusat, wilayah pentadbiran khas dan tentera. NPC melaksanakan hak penggubalan undang-undang negara dan memutuskan isu penting kehidupan politik negara.

Rancangan istimewa tentang aktiviti tersebut akan disiarkan dalam ruangan Suara Sutera pada 3 dan 10 Julai nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China