Sebuah komputer Apple-1 dilelongkan dengan harga USD 671.4 ribu di Jerman baru-baru ini. Harga lelong itu 1006 kali ganda lebih tinggi daripada harga asal komputer itu yang mula dipasarkan pada tahun 1976 dengan harga USD 666.66. Pada waktu itu, Syarikat Apple hanya mengeluarkan 200 buah komputer jenis itu. Kini, 37 tahun kemudian, hanya terdapat enam buah komputer Apple-1 yang masih berfungsi. Komputer Apple-1 yang dilelongkan itu mempunyai tandatangan asli Steve Jobs yang merupakan penaja kepada Syarikat Apple.
Menurut anggaran awal syarikat pelelongan berkenaan, harga lelong komputer Apple-1 ini dijangka boleh mencapai antara USD 261 ribu hingga 392 ribu. Harga akhir lelong itu yang mencapai USD 671 ribu adalah lebih sekali ganda lebih tinggi daripada jangkaan mereka.
Apakah saudara pendengar juga berminat untuk menyimpan alat-alat elektronik yang lama? Jika ada cerita atau pengalaman yang menarik dalam hal ini, jangan malu-malu untuk berkongsi dengan kami dalam ruangan "Salam" pada 19 Julai 2013 nanti. Seperti biasa, cerita menarik ini akan diikuti oleh segmen lain seperti "Minggu Ini Dalam Sejarah" dan "Tokoh Terkenal di China".