Selepas koma selama 17 bulan akibat kecederaan parah dalam kemalangan lalu lintas, Ben McMahon, pemuda berusia 21 tahun dari Australia sedar semula dan mendapati dirinya sangat mahir berbahasa Mandarin.
Ben McMahon pernah belajar bahasa Mandarin ketika menuntut di sekolah menengah. Namun, setelah sedar dari koma, dia mendapati tahap kemahirannya meningkat dengan amat ketara.
Menurutnya, apabila dia terjaga, dia nampak seorang jururawat berketurunan Cina. Maka, dia sangka dirinya sedang berada di negara China. Ketika bercakap dengan jururawat itu, dia pun menggunakan bahasa Mandarin secara spontan.
Sekarang, Ben McMahon bertugas sebagai seorang juruhebah di sebuah stesen TV bahasa Mandarin.
Apa pandangan saudara mengenai gejala begitu aneh yang dialami Ben McMahon. Apa sebabnya ia berlaku? Jangan malu-malu untuk berkongsi dengan kami dalam ruangan "Salam" pada 26 Julai 2013 nanti. Seperti biasa, cerita menarik ini akan diikuti oleh segmen lain seperti "Minggu Ini Dalam Sejarah" dan "Tokoh Terkenal di China".