Cari:
Dubai: Kuruskan Badan untuk Emas!
2013-07-26 12:50:33 CRI Cetak

Kerajaan Dubai, Emiriah Arab Bersatu melancarkan "aktiviti kuruskan badan untuk dapatkan emas" baru-baru ini. Dalam kempen itu, penduduk negara itu yang menghadapi masalah kegemukan akan dihadiahkan 2 gram emas jika berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 2 kilogram dalam masa sebulan. Malah, bagi mereka yang berat badannya berkurang lebih daripada 2 kilogram, satu gram emas akan dihadiahkan kepada mereka bagi setiap 1 kilogram berat badan yang dikurangkan.

Bukan sahaja warga Emiriah Arab Bersatu, tetapi juga warga asing pun boleh mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Tiga peserta yang paling banyak mengurangkan berat badan akan memperoleh syiling emas yang bernilai USD 5,500.

Walaupun bagaimana sambutan orang ramai terhadap aktiviti itu belum diketahui pada masa ini, namun aktiviti itu tetap mencerminkan masalah kegemukan yang semakin serius yang dihadapi oleh penduduk Dubai, malah penduduk di seluruh dunia pada masa ini.

Apakah pandangan atau pengalaman saudara pendengar mengenai usaha menguruskan badan? Jangan malu-malu untuk berkongsi dengan kami dalam ruangan "Salam" pada 2 Ogos 2013 nanti. Seperti biasa, cerita menarik ini akan diikuti oleh segmen lain seperti "Minggu Ini Dalam Sejarah" dan "Tokoh Terkenal di China".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China