Cari:
Kampung Tuole – kampung yang unik dan asli
2017-11-11 18:22:45 CRI Cetak

oleh Puteri Sabira

Guizhou ialah tempat yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi serta kaya dari segi budaya dan seni. Selain mempunyai pelbagai kaum etnik, pengunjung juga dapat merasai budaya hidup mereka yang asli serta unik.

Rombongan wartawan CRI kali ini berkesempatan melawat Kampung Tuole, di kaunti Pan di provinsi Guizhou.

Perjalanan dari lapangan terbang Guiyang ke kampung Tuole mengambil masa lebih kurang dari 4 jam. Walaupun kepenatan, saya terkesima dengan pemandangan indah di sepanjang perjalanan yang panjang itu.

Pemandangan yang diselubungi oleh gunung ganang yang hijau mengingatkan saya di tempat peranginan yang terkenal di Malaysia iaitu Genting Highlands. Cuaca yang tidak begitu sejuk menyuntik semangat saya untuk mengenali lebih mendalam lagi dengan kampung Tuole itu.

Apabila tiba ke tempat penginapan kami, saya terpegun dengan keindahan pokok ginkgo di kampung Tuole, yang rata ratanya berwarna kuning keemasan. Saya dolerite suhu di kampung ini memang tidak begitu sejuk, memang sesuai untuk pelancong yang mahu mengelakkan diri dari cuaca dingin.

Setelah selesai makan malam, kami diberi peluang untuk menyertai tarian tradisional yang terdiri daripada masyarakat kaum minoriti di situ. Apa yang paling mengagumkan saya, terdapat 44 golongan etnik minoriti yang hidup dalam suasana yang muhibbah serta aman damai di bandar Liupanshui.

Pakaian tradisional mereka sangat unik dan berwarna warni, saya teruja melihat pakaian mereka yang cantik serta tarian di kelilingi api dan alunan muzik yang asli dan merdu memeriahkan lagi suasana kami pada malam itu.

Tarian tradisional seperti itu biasanya di sambut pada musim perayaan. Warisan kebudayaan dan tarian seperti perayaan obor oleh masyarakat Yi, perayaan korban oleh masyarakat Hui serta Buyi pesta lagu dan tarian lain adalah antara yang paling digemari oleh masyarakat tempatan dan pelancong asing.

Saya juga diberitahu penduduk di kampung Tuole sangat menghormati pokok ginkgo, ia bukan sahaja menyimpan banyak sejarah malah daun ginkgo sangat bermanfaat kepada kesihatan manusia.

Makanan yang terkenal di Guizhou adalah masakan Qian dan makanan ringan tempatan. Masakan pedas, panas dan masam adalah citarasa utama masakan khas Qian. Masakan di sini menggamitkan selera dan teringat saya pada halaman kampung saya di Malaysia.

Di sini, hidangan yang terkenal ialah nasi goreng dengan telur dan zao-la ialah ( Cili dibuat dengan mengawet cili cincang dengan halia dan bawang putih) serta Guai-lu nasi goreng yang disaji dengan sayur sayuran jeruk dan bakon Cina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China