Cari:
Duxianqin
2010-03-29 09:18:28 CRI Cetak

Duxianqin merupakan sejenis alat muzik klasik dalam masyarakat etnik Jing, yang kebanyakannya tinggal di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, di bahagian selatan China. Sejak abad ke-8, Duxianqin menjadi popular di negara-negara Asia Tenggara, antaranya termasuklah Myanmar dan Vietnam. Pada awal abad ke-16, nenek moyang Etnik Jing berpindah secara beramai-ramai dari Vietnam ke kawasan Guangxi China. Alat muzik mereka itu, iaitu Duxianqin juga turut dibawa ke China.

Pada asalnya,Duxianqin diperbuat daripada buluh, dawainya pula diperbuat daripada secarik bilah buluh. Melalui pengubahsuaian selama lebih 1000 tahun, kini bentuknya telah banyak berubah. Biasanya ia diperbuat daripada kayu dan dawainya diperbuat daripada dawai halus.

Pada asalnya Duxianqin digunakan untuk mengiringi puisi yang diselelamasikan oleh penyajak. Kini ia bukan saja dimainkan untuk mengiring persembahan nyanyian dan tarian, malah juga sering dimainkan dalam orkes muzik tradisional China.

Irama lagu yang dimainkan dengan Duxianqin agak merdu. Ia sangat sesuai untuk menggambarkan pelbagai perasaan manusia serta pemandangan yang indah.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China