Cari:
Lagu Rakyat Hakka
2008-11-23 18:14:04 CRI Cetak
Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan lagu rakyat Hakka.

Sebagai hidangan pertama, nikmatilah lagu yang bertajuk "Gadis yang Memetik Daun Teh". Lagu ini merupakan nyanyian duet, dinyanyikan oleh Chen Qingtai dan Dai Yulan. Lagu ini menggambarkan sepasang gadis dan teruna Hakka dilamun cinta yang manis semasa memetik daun teh.

Leluhur orang Hakka merupakan orang etnik Han yang tinggal di bahagian tengah China. Untuk mengelakkan diri daripada ancaman peperangan dan kebuluran, mereka berhijrah dari kawasan itu ke selatan, iaitu provinsi-provinsi Fujian, Guangdong dan Taiwan. Mereka menyebut diri sebagai "Hakka". Orang Hakka mengekalkan bahasa Mandarin dan kebudayaan bahagian tengah China yang kuno, menjadi sebuah cawangan etnik Han.

Lagu rakyat Hakka didendangkan turun temurun selama lebih 1000 tahun hingga kini, dinyanyikan dalam bahasa dialek Hakka dan menceritakan kehidupan dan perasaan orang Hakka.

Seterusnya, marilah kita nikmati "Kakak dan Adik Perempuan Melihat Tanglung " yang dinyanyikan oleh Huang Guixiang.

Tema lagu rakyat Hakka amat luas, antaranya terdapat lagu cinta, terdapat juga senandung bekerja. Berikut, marilah kita nikmati "Senandung Hujan Turun" yang menyatakan puji-pujian orang Hakka terhadap Tuhan yang menurunkan hujan bagi mengairi tumbuh-tumbuhan di padang.

Lagu rakyat Hakka juga merupakan lagu kehidupan. Orang Hakka sentiasa menyanyikan lagu berkenaan pada saban tahun. Kesemua lagu nyanyian mereka merdu.

Sebagai hidangan terakhir, nikmatilah lagu yang bertajuk "Bermimpi Bunga Pear pada Disember". Gadis muda diibaratkan sebagai bunga pear dalam lagu ini yang menyampaikan perasaan cinta yang sederhana orang Hakka.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China