Cari:
Lagu Rakyat Etnik Mongol Zhu Zhizhing
2008-11-23 18:14:04 CRI Cetak
Etnik penternak kuno iaitu etnik Mongol tinggal di kawasan padang rumput Mongolia Dalam di utara China. Mereka pandai menyanyi, menari dan mencipta lagu seni muzik etnik yang istimewa. Kesenian yang berharga itu terus diwarisi dan dibangunkan oleh generasi muda. Dalam ruangan hari ini, saya akan memperkatakan mengenai pemuzik etnik Mongol, Zhu Zhizhong dan beberapa lagu gubahannya.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita nikmati lagu yang berjodol "Padang Rumput Seperti Impian"daripada album Zhu Zhizhong yang berjodol "Saya Menyanyi Sebuah Lagu untuk Padang Rumput".

Zhu Zhizhong merupakan pemuzik yang berkecimpung dalam bidang muzik etnik-etnik China. Beliau tamat daripada Jurusan Muzik Universiti Etnik-etnik Pusat China pada tahun 1980-an, lalu bekerja di Radio Kebangsaan China. Beliau sering mengumpulkan lagu dan seni muzik rakyat di pelbagai tempat di negara ini. Beliau kemudian menyandang jawatan ketua editor ruangan "Lagu Rakyat China" di Stesen Televisyen Pusat China. Tugasnya mengumpulkan, menyusun dan menyebar banyak lagu-lagu rakyat China. Kini, beliau juga menjadi Pengarah Suruhanjaya Profesional Seni Muzik Masyarakat, Persatuan Seniman Rakyat China.

Bagaimana sibukpun, beliau tidak meninggalkan minatnya menggubah muzik etnik. Sehingga kini, beliau telah menggubah hampir seratus buah lagu, antaranya "Saya Berasal dari Padang Rumput" yang dinyanyikan oleh Teng Ge Er.

Lagu yang saudara nikmati sekarang berjodol "Kampung Halaman, Padang Rumput dalam Impianku".

Zhu Zhizhong dilahirkan di Padang Rumput Horqin, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam. Nyanyian ibu kepadanya sejak kecil merupakan dendangan lagu-lagu rakyat di padang rumput itu. Ayahnya pula berminat pada penglipur lara tradisi Mongolia. Zhu Zhizhong menjadi dewasa dalam persekitaran kesenian. Semasa membincangkan album "Saya Menyanyi Sebuah Lagu bagi Padang Rumput", Zhu Zhizhong berharap agar ia dapat mengenang kembali masa kanak-kanak dan padang rumput dalam ingatannya.

Lagu yang saudara nikmati sekarang berjodol "Kampung Halamanku Horqin".

Sebagai hidangan terakhir, marilah kita nikmati "Ergun" yang dinyanyikan oleh Zhu Zhizhong. Ergun merupakan sebuah sungai yang mengalir di bahagian utama Wilayah Autonomi Mongolia Dalam. Zhu Zhizhong pernah berkunjung ke kawasan itu pada tahun 1995. Memandang sungai Ergun yang mengalir dan angsa liar yang terbang melintasinya, memikirkan tempat asalnya, Zhu Zhizhong menggubah lagu ini. Beliau juga menamakan anak perempuannya yang dilahirkan pada tahun itu sebagai Ergun.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China