Cari:
Lagu Rakyat 56 Etnik Bangsa China
2008-11-23 18:14:04 CRI Cetak
Album yang bertajuk "Lagu Rakyat 56 Etnik Bangsa China" yang dihasilkan oleh pemuzik China selama 5 tahun itu sudah dilancarkan. Album tersebut merupakan inti sari lagu rakyat 56 etnik bangsa China. Sebuah lagu rakyat daripada setiap etnik dipilih. Album itu dijadikan sebagai hadiah kepada tetamu dari pelbagai negara semasa berlangsung Sukan Olimpik Beijing dan Sukan Paralimpik Beijing. Dalam ruangan hari ini, saya akan memperkatakan tentang album it dengan mencabut lagu daripada beberapa etnik yang terpilih.

Buat permulaan, kita dengari lagu etnik Miao. Etnik Miao tinggal di provinsi Guizhou, Hunan dan Wilayah Guangxi. Feige merupakan salah satu bentuk nyanyian lagu rakyat yang popular di tenggara Guizhou. Biasanya, Feige dinyanyikan di kawasan pergunungan atau sawah ladang. Berikutnya, marilah kita nikmati lagu yang berjodol "Feige".

Antara 56 etnik bangsa China, setiap etnik mempunyai kebudayaan muzik yang tersendiri. Ketika China berjaya menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2008, golongan pemuzik China mengemukakan cadangan bagi melancarkan album muzik rakyat yang berjodol "Lagu Rakyat 56 Etnik Bangsa China".

Lagu yang saudara nikmati sekarang merupakan lagu rakyat etnik Dulong yang berjodol "Kampung Halamanku yang Indah". Etnik Dulong merupakan antara etnik yang paling sedikit penduduknya. Mereka diberi nama "Dulong" kerana tinggal di tebing lembah sungai Dulong di provinsi Yunnan, barat daya China. Mereka mengutarakan perasaan mereka dan menggambarkan aktiviti pengeluaran, tuaian, pemburuan serta perkahwinan melalui tarian dan nyanyian.

Walapun album ini memilih lagu rakyat kuno, tetapi muziknya mengandungi unsur yang moden. Lagu yang saudara nikmati sekarang merupakan lagu rakyat etnik Dai yang bertajuk "Jia Lin Sai".

Lagu yang saudara nikmati tadi merupakan "Alilang" yang dinyanyikan oleh Lei Jia dengan bahasa Korea. Etnik Korea merupakan salah satu etnik daripada 56 etnik bangsa China.

Sebagai hidangan terakhir, marilah kita nikmati lagu rakyat etnik Dong yang berjodol "Lagu Reriang Musim Panas".

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China