Cari:
Lagu Rakyat Shanxi dan Jiangsu
2008-11-23 18:14:04 CRI Cetak

Lagu rakyat China biasanya dihasilkan semasa rakyat China melakukan sesuatu aktiviti atau kerja. Disebabkan wilayah China begitu luas dan etnik di China agak banyak, maka lagu rakyat China juga beraneka-ragam.

Provinsi Shanxi terletak di bahagian utara China, penduduk tempatan yang bersifat sangat terus terang. Oleh itu, lagu rakyat mereka bernada tinggi dan lantang. Lagu jenis ini sangat popular di bahagian timur Provinsi Shanxi dan dipanggil "Irama Kaihua" oleh penduduk tempatan. Manakala lagu rakyat yang popular di bahagain utara Provinsi Shanxi lantang dan rentaknya belbagai-bagai.

Selain Irama Kaihua, juga terdapat sejenis senandung yang sangat popular di seluruh Provinsi Shanxi. Senandung sering dinyanyikan untuk menyatakan kecintaan dan kegembiraan dalam kehidupan sehari-hari.

Provinsi Jiangsu terletak di kawasan hilir Sungai Yangtze. Iklim di Provinsi Jiangsu sangat nyaman dan pemandangan alamnya indah. Ini menyebabkan ciri khas lagu rakyat Provinsi Jiangsu menjadi sangat merdu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China