Cari:
Maharaja Qinshihuang
2008-12-17 11:00:58 CRI Cetak

Penemuan Makam Maharaja Qinshihuang adalah kebetulan. Pada tahun 1974, ketika petani menggali perigi, mereka telah menggali sejumlah besar serpihan tembikar. Para petani tidak mementingkan hal ini, dan bersedia membuang serpihan tembikar tersebut. Seorang pegawai perlindung artifak budaya yang berada di tempat itu menyedari bahawa ini adalah penemuan yang penting dan segera melaporkan keadaan ini kepada Biro Artifak Budaya Kaunti. Dengan demikian, Patung Tanah Liat Berupa Perwira dan Kuda yang menggemparkan dunia telah ditemui. Sekarang sebanyak 500 buah patung tanah liat berupa perwira, 18 buah pedati perang yang diperbuat daripada kayu dan lebih 100 ekor kuda tembikar telah digali keluar. Patung perwira tersebut bentuk badannya purata setinggi 1.8 meter, air mukanya berbeza-beza dan mirip dengan manusia sebenar, memperlihatkan seni pahatan yang tinggi tarafnya pada zaman Dinasti Qin pada lebih 2000 tahun yang lalu.

Patung Tanah Liat Berupa Perwira dan Kuda di Xi'an terkenal di dunia. Bukan sahaja pelancong dari pelbagai negara yang melawat China menyenaraikannya sebagai destinasi pelancongan yang akan dilawati di China, tetapi juga banyak negarawan yang melawat China juga mencadangkan supaya mereka dibawa menyaksikan keajaiban binaan manusia tersebut.

Demi memelihara dengan lebih baik Makam Maharaja Qinshihuang, kerajaan China sekarang masih belum meneroka makam itu disebabkan teknologi kaji purba China sekarang masih kurang maju. Pada masa yang lalu, China telah menggali keluar lebih 50 ribu buah artifak budaya yang penting di makam-makam iringan di sekitar Makam Maharaja Qinshihuang, termasuk Pedati dan Kuda Tembaga yang ditemui pada tahun 1980 yang merupakan artifak budaya yang mempunyai nilai tinggi dalam bidang kaji purba yang jarang terdapat di dunia. Pada tahun 1987, Makam Maharaja Qinshihuang dan Patung Tanah Liat yang Berupa Perwira dan Kuda disenaraikan sebagai Warisan Budaya Dunia oleh UNESCO.


1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China