Cari:
Lagu Rakyat Etnik Zhuang Guangxi
2008-12-24 10:42:14 CRI Cetak

Dalam ruangan hari ini, saya akan memperkatakan tentang beberapa lagu rakyat etnik Zhuang Guangxi untuk pengetahuan saudara.

Sebagai hidangan pertama, silalah nikmati lagu yang berjodol "Minum Air Tapai". Sempena kedatangan musim gugur, rakyat etnik Zhuang menggunakan hasil tuaian baru padi untuk dan membuat air tapai. Air tapai yang baru memang menjadi kegemaran etnik Zhuang. Lagu ini mengutarakan rasa gembira rakyat yang bersukaria sambil meminum air tapai.

Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi terletak di bahagian barat daya China. Sebelas etnik termasuk Han, Miao dan Dong tinggal di wilayah yang amat indah ini. Guangxi menjadi terkenal sebagai "Laut Nyanyian" kerana mempunyai adat istiadat yang istimewa, iaitu menyampaikan perasaan dengan nyanyian, bertemu dengan sahabat dengan nyanyian, menceritakan sesuatu melalui nyanyian. Pendek kata, nyanyian kedengaran di mana-mana sahaja di wilayah itu. Terdapat satu pepatah tempatan yang berbunyi: "mengisahkan sesuatu dengan nyanyian, menulis surat cinta dengan nyanyian, dan merayakan hari raya dengan nyanyian".

Berikutnya, marilah kita nikmati lagu yang berjodol "Menyampaikan Perasaan Melalui Lagu Rakyat". Lagu ini menggambarkan pasangan teruna dan gadis mengutarakan rasa cinta melalui nyanyian.

Seterusnya, marilah kita nikmati lagu yang bertajuk "Lagu Rakyat Liaoluo". Ia merupakan salah satu lagu rakyat yang paling popular di kampung etnik Zhuang Guangxi. Lagu itu diberikan nama sedemikian kerana terdapat perkataan "Liaoluo" dalam setiap liriknya.

Di kampung etnik Zhuang Guangxi, nyanyian tidak pernah luput daripada kehidupan rakyat tempatan. Ia sering didendangkan, terutama dalam perayaan atau upacara perkahwinan. Seterusnya, marilah kita nikmati lagu yang berjodol "Pan Ge" yang dinyanyikan dalam upacara perkahwinan.

Kumpulan yang menyambut ketibaan pengantin perempuan berada di balai pengantin perempuan dengan membunyikan gong dan gendang. Mereka yang berada di balai itu tidak membiarkan pengantin lelaki menjemput keluar pengantin perempuan dengan mudah. Ia perlu melalui ujian. Selepas lulus ujian nyanyian lagu, barulah pengantin lelaki dapat membawa keluar pengantin perempuan. Lagu yang saudara akan nikmati nanti merupakan lagu nyanyian pengantin lelaki ketika menghadapi cabaran ujian menyanyi. Lagu yang penuh dengan pengetahuan umum ini bukan sahaja membawa banyak mesej, tetapi juga untuk mempererat hubungan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China