Cari:
Kanak-kanak Menyanyikan Lagu Rakyat
2008-12-31 15:07:57 CRI Cetak

Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan lagu rakyat yang dinyanyikan oleh beberapa orang kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Suara mereka mestilah membawa perasaan yang istimewa kepada saudara. Sebagai hidangan pertama, marilah nikmati lagu rakyat Shaanxi yang bertajuk "Tahukah Tidak".

Lagu rakyat yang popular di China itu dipenuhi dengan perasaan yang sedih. Suara kanak-kanak itu menjadi amat istimewa apabila mengenang kembali masa yang sudah lewat.

Syarikat Piring Hitam Guangzhou China telah menerbitkan dan melancarkan album pertama yang dinyanyikan oleh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang diberi tajuk "Suara Pertama". Selain suara kanak-kanak, tidak ada semacam suara lagi di dunia yang lebih muda dan merdu berbanding dengan suara kanak-kanak. Disebabkan itu, Syarikat Piring Hitam Guangzhou China khususnya memilih tujuh kanak-kanak dari tadika dan menerbitkan album itu dengan cara nyanyian solo dan paduan suara.

Lagu yang saudara nikmati sekarang ialah lagu rakyat etnik Uygur Xinjiang yang bertajuk "Alamuhan".

Ciri-ciri yang paling menonjol dalam album "Suara Pertama" itu adalah kanak-kanak itu tidak pernah menerima latihan, maka suara mereka tidak diproseskan dan dihiaskan, dan juga berlainan dengan suara kanak-kanak yang biasa. Album itu mengandungi 10 lagu, termasuk lagu popular, lagu rakyat klasik dan lain-lain. Walaupun lagu-lagu tersebut bukan lagu yang baru, tetapi naynyian itu memberi perasaan yang baru.

Sebagai hidangan akhir, marilah kita nikmati lagu rakyat Taiwan yang bertajuk "Gadis Alishan".

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China