Jiayeqin yang sudah bersejarah 1500 tahun ini merupakan alat muzik klasik daripada etnik Korea China. Bentuknya mirip Guzheng.
Alat muzik ini dibuat dengan kayu. Bahagian hujungnya mirip tornado, dan bunyinya agak rendah.
Semenjak Republik Rakyat China ditubuhkan, iaitu pada tahun 1949, berlaku pembaharuan terhadap alat muzik ini. Jiayeqin dengan 18 hingga 21 tali pemetik telah dibuat. Yang kedua, bukan sahaja kotak resonansnya telah dibesarkan, malah talinya telah dibuat dengan nylon dan keluli nylon. Nadanya menjadi lantang dan ceria. Sangat merdu didengar.
Ia lebih sesuai dimainkan dalam persembahan muzik kalangan rakyat yang riang gembira. Pada masa dahulu, Jiayeqin kebanyakannya dimainkan oleh kaum lelaki.