Rewapu ialah alat muzik bertali yang digemari oleh masyarakat etnik Uygur, Tajik dan Uzbek. Ia dicipta pada abad ke-14 Masihi.
Rewapu dibuat daripada kayu. Bentuknya sangat istimewa, badannya langsing dan panjang. Bahagian atasnya melengkuk dan terdapat sebuah kotak resonans yang berbentuk separuh bulatan di bahagian bawah sekali.