Cari:
Lagu Rakyat China yang Dinyanyikan Zhou Fang
2009-01-07 14:57:07 CRI Cetak

Puan Zhou Fang dilahirkan di bandar Haerbin, timur laut China. Suaranya yang merdu sejak kecil lagi memberikannya peluang untuk menyertai pelbagai jenis persembahan ketika beliau belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah. Pada tahun 1989, Zhou Fang terpilih sebagai penyanyi profesional bagi Daerah ketenteraan Shenyang di bawah Arahan Tentera Pembebasan Rakyat China. Dua tahun kemudian, beliau dipilih untuk memainkan peranan watak utama dalam sebuah opera dan kejayaannya dalam persembahan yang hebat itu, telah membawanya berpindah ke Beijing, lalu menjadi salah seorang anggota Kumpulan Nyanyian dan Tarian Jabatan Politik Tentera Pembebasan Rakyat China pada tahun 1994.

Lagu seterusnya ialah lagu rakyat provinsi Shanxi yang dinyanyikan Zhou Fang. Lagu yang berjudul "Pokok Willow dan Poplar Tumbuh Berderetan" ini menceritakan pemandangan semula jadi di kampung Shanxi, serta rasa rindu orang yang berasal dari Shanxi kepada kampung halaman mereka.

Suara Zhou Fang bersih dan jelas. Pemindahan dari nada yang tinggi kepada yang rendah dilaksanakannya dengan lancer dan baik sekali. Seterusnya, marilah kita nikmati lagu rakyat provinsi Hubei yang berjudul "Lagu Kapal Naga" persembahan Zhou Fang. Lagu ini selalu dinyanyikan oleh penduduk Hubei selepas mereka habis berkerja. Ia menceritakan kisah seorang wanita cantik yang ingin balik ke rumah ibunya. Dia meminta pemilik kapal membantunya menyeberangi sungai. Silalah ikuti "Lagu Kapal Naga".

Berbelas-belas tahun yang lalu, Zhou Fang telah memainkan peranan watak utama dalam beberapa buah opera dan lakonannya cukup baik hingga meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton. Beliau juga telah memenangi pelbagai pertandingan nyanyian di peringkat negeri dan dalam pasukan tentera China. Selain itu, beliau juga telah menghasilkan dua buah album lagu.

Pada akhir sekali kami hidangkan pula lagu rakyat provinsi Henan yang berjodol "Mengayam bakul Gelang Bunga". Lagu ini menceritakan tentang beberapa orang gadis yang riang mendaki gunung untuk memetik bunga piony.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China