Cari:
Lagu Etnik Mongol yang Digubah dan Disusun Xin Huguang
2009-01-14 12:30:15 CRI Cetak
Dalam ruangan Persada Muzik China hari ini, saya akan menghidangkan beberapa karya muzik yang digubah dan disusun oleh penggubah terkenal di China, Puan Xin Huguang. Karya muzik yang saya pilih khusus untuk anda adalah bercirikan seni muzik etnik Mongol. Etnik Mongol tinggal di kawasan padang rumput Mongolia Dalam di utara China. Penduduknya pandai menyanyi dan menari. Sebagai hidangan pertama pada hari ini, marilah kita nikmati lagu "Rasa Cinta kepada Padang Rumput Hulun Buir" yang dinyanyikan oleh wanita secara kuartet.

Padang rumput Hulun Buir terletak di kawasan timur laut Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China. Padang rumput di sana sangat luas dan pemandangannya indah sekali. Lagu ini berirama riang dan dipenuhi seni muzik Mongol. Lagu ini menggambarkan rasa cinta penduduk desa kepada padang rumput. Lirik lagu ini berbunyi: "Padang rumput Hulun Buir yang indah ialah kampung halamanku. Walau pun aku sudah berhijrah ke merata-rata tempat lain, aku sentiasa merinduimu."

Puan Xin Huguang ialah seorang daripada ku

mpulan penggubah wanita pertama yang terdidih di Repulik Rakyat China, namun amat terkenal juga di arena antarabangsa. Beliau dilahirkan di Shanghai dan membesar di sana. Bakatnya dalam bidang seni terserlah sejak beliau masih kanak-kanak lagi. Pada tahun 1951, Xin Huguang berjaya dalam peperiksaan untuk masuk ke fakulti penggubahan muzik di Konservatori Muzik Pusat. Pada tahun 1956, beliau yang berumur 22 tahun ketika itu, telah mencipta puisi simfoni yang berjudul "Ga Da Mei Lin" yang menjadikan terkenal dalam kalangan peminat muzik di China. Selepas itu, beliau meletakkan jawatannya di Shanghai dan Beijing yang menjamin kerjaya dan pendapatan yang amat baik, lalu pergi ke Wilayah Autonomi Mongolia Dalam untuk menggubah dan mengajar muzik di sana. Hingga ke hari ini, sudah 26 tahun beliau berkarya di sana. Demi mengumpul bahan-bahan untuk menggubah muzik, Xin Huguang selalu turun padang untuk mempelajari lagu dan muzik daripada penternak dan seniman dalam kalangan rakyat, dan mencatat banyak irama muzik lama untuk digunakan dalam karya ciptaannya. Dalam tempoh itu, beliau menghasilkan "Suita Padang Rumput", gabungan muzik dengan alat muzik gesek "Gunting Bulu Kambing", solo klarinet "Lagu Cinta Mongol", serta konserto alat muzik Matouqin "Sajak Padang Rumput", dan karya-karya lain yang berupa seni muzik etnik Mongol.

(Alat Muzik Matouqin)

Lagu yang saudara dengar sekarang ialah lagu solo yang digubah oleh Xin Huguang yang berjudul "Sungai Ergun Sungai Ibunda". Lagu ini diciptanya untuk digunakan bagi program TV "Catatan Padang Pasir". Dalam lagu ini, penggubah menceritakan bagaimana sungai Ergun yang mengalir di Wilayah Autonomi Mongolia memberikan sumbangan kepada penduduk yang tinggal di kawasan lembahnya. Ini tidak akan dilupakan oleh penduduk di kawasan itu kerana mereka meanggap sungai Ergun seperti ibu mereka.

Dalam tempoh lebih 50 tahun yang lalu, Puan Xin Huguang telah menghasilkan lebih seribu buah karya muzik, kebanyakannya bercorak seni muzik etnik Mongol. Selain itu, beliau juga menyusun banyak lagu paduan suara tanpa iringan alat muzik dengan irama yang amat indah dan mengharukan hati sesiapa yang mendengarnya. Sebagai hidangan terakhir dalam ruangan hari ini, marilah kita bersama-sama menikmati lagu paduan suara tanpa iringan alat muzik yang berjudul "Cinta kepada Padang Rumput".

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China