Cari:
Lagu yang Dinyanyikan Oleh De Dema
2009-01-20 12:54:24 CRI Cetak

De Dema merupakan biduanita etnik Mongol yang diminati oleh ramai pendengar China. Dalam ruangan hari ini, saya akan perkenalkan De Dema dan lagu yang dinyanyikannya.

De Dema yang berusia 60 tahun dilahirkan dalam sebuah keluarga penternak di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, di bahagian utara China. Ibu dan bapanya adalah penyanyi padang rumput yang terkenal di tempat itu. Padang rumput yang luas dan indah memberikan De Dema kebakatan dalam bidang muzik. Semasa berusia 13 tahun, De Dema dipilih menjadi seorang pemain kecil dalam kumpulan kesenian etnik Mongol. Dua tahun selepas itu, beliau dihantar ke sekolah kesenian Mongolia Dalam untuk mempelajari seni suara. Pada tahun 1964, beliau diterima oleh Konservatori Muzik China sebagai salah seorang dari kumpulan etnik minoriti yang pertama. Selepas lulus dari universiti itu, De Dema pulang ke kampung halamannya dan memulakan kariernya sebagai seorang penynayi.

Lagu yang saudara nikmati tadi bertajuk "Saya Berasal dari Padang Rumput" yang dinyanyikan oleh De Dema.

Boleh dikatakan, De Dema merupakan seorang penyanyi yang menjadi terkenal agak lambat. Dalam tempoh 10 tahun selepas lulus dari universiti, De Dema turut menjadi penyanyi solo dalam Kumpulan Opera Etnik Monglia Dalam dan Kumpulan Nyanyian dan Tarian Monglia Dalam, tidak menarik perhatian yang meluas dari penonton tempatan. Semasa berusia 31 tahun, beliau mendapat tepukan tangan gemuruh dalam satu persembahan yang diadakan di Guangzhou, bandar selatan China dengan sebuah lagu yang diberi tajuk "Padang Rumput yang Indah Ialah Keluargaku". Berikutnya, silalah nikmati lagu terkenal De Dema itu.

Pada tahun 1982, De Dema datang ke Beijing, memasuki Kumpulan Nyanyian dan Tarian Etnik-Etnik Pusat dan menjadi seorang penyanyi solo. Kebolehannya dalam bidang nyanyian dari semasa ke semasa menjadi matang. Beliau memadukan gaya nyanyian bel canto dengan gaya nyanyian etnik Mongol, menyempurnakan dan mengembangkan kebolehan seni suara berdasarkan ciri-ciri etnik.

Lagu yang saudara nikmati sekarang bertajuk "Angin" yang dinyanyikan oleh De Dema dengan bahasa Mongollia dan Mandarin. Lagu ini merupakan salah satu lagu rakyat etnik Mongol yang kuno dan memperlihatkan sikap penduduk etnik itu yang aktif dan optimis dan mengutarakan harapan mereka terhadap masa depan.

Semasa berkecimpung dalam kariernya sebagai seorang penyanyi, nasib buruk dengan mengejut tiba. Pada tahun 1998, De Dema mengunjungi Jepun atas undangan dan menyertai konsert yang diadakan di sana. Semasa menyanyikan lagu kedua, setiba-tibanya, lidah beliau tidak dapat dikawalnya sendiri. Tangan kanannya juga menjadi lemah. Selepas turun dari pentas, beliau hilang kesedaran dalam kursi. Perdarahan di otak telah menjadikan badan sebelah kanannya tidak dapat bergerak. Tetapi beliau memulakan perjuangan dengan penyakit dengan tekadnya yang gigih. Melalui perawatan selama 9 bulan, De Dema memulihkan persembahan di pentas pada oktober tahun 1999. Beliau telah melahirkan fahaman yang baru terhadap kehidupan selepas perjuangan itu. Pengalaman itu menyebabkan rasa cintanya terhadap nyanyian lebih kuat. Pada akhir tahun 2001, beliau melancarkan album ketiganya yang bertajuk "Penternak". Setahun selepas itu, beliau turut melancarkan satu album lagu yang diberi tajuk "Payung Merah De Dema".

Lagu yang saudara nikmati tadi adalah "Penternak" yang dinyanyikan oleh De Dema. Sebagai hidangan akhir, marilah kita nikmati lagu yang bertajuk "Umur Setengah Baya".

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China