Cari:
Qu Yuan, Penyair Patriotik Terkenal Pada Zaman Silam China
2009-01-07 12:29:34 CRI Cetak
Qu Yuan merupakan negarawan ulung dan penyair patriotik terkenal pada zaman purba China. Semangat patriotik yang luhur beliau telah dijadikan teladan dan dicontohi oleh pujangga zaman silam China.

Qu Yuan hidup pada zaman Negeri Perang pada lebih 2300 tahun yang lalu. Dalam tempoh tersebut, raja pelbagai negeri bagi Dinasti Zhou telah melancarkan peperangan antara satu sama lain secara berturut-turut dalam beberapa tahun untuk meningkatkan kekuatan negeri sendiri dan mengatasi negeri lain. Antara pelbagai negeri tersebut, Negeri-negeri Qin, Chu dan Qi merupakan negeri yang terkuat. Qu Yuan ialah anak cucu bekas raja Negeri Chu. Beliau seorang yang berpengetahuan luas, mempunyai bakat yang tinggi dan juga bercita-cita tinggi dan luhur. Beliau pernah dilantik sebagai pegawai kanan oleh Raja Huai Negeri Chu. Memandangkan keadaan negeri yang kelam-kabut akibatk oleh peperangan antara pelbagai negeri dalam masa yang panjang, Qu Yuan telah mengeluarkan cadangan untuk melaksanakan pembaharuan dalam negeri dan bekerjasama dengan Negeri Qi untuk sama-sama mengalahkan Negeri Qin. Cadangan itu telah mencapai kejayaan awal selepas dilaksanakan.

Akan tetapi, cadangan Qu Yuan tersebut telah menjejaskan kepentingan sesetengah pegawai kanan yang lain sehingga beliau diketepikan dan dianiayai oleh gundik raja dan pegawai-pegawai kanan yang berniat jahat. Selepas itu beliau diusir oleh raja Huai Negeri Chu. Setelah itu, persekutuan antara Negeri-negeri Chu dan Qi telah berpecah, Raja Huai Negeri Chu telah mengalami kegagalan dalam serangan terhadap Negeri Qin dan baginda mangkat di negeri lain. Setelah putera mahkota Qingxiang naik takhta, Qu Yuan turut dibuang negeri lagi. Pada tahun 278 sebelum Masihi, ibu kota Negeri Chu ditawan oleh tentera Negeri Qin. Setelah mendengar berita tentang negerinya dikalahkan, Qu Yuan yang dibuang negeri kerana amat sedih. Beliau berasa kecewa kerana tidak dapat menyumbang bakti kepada negerinya. Qu Yuan telah berputus asa lalu membunuh diri dengan terjun ke dalam Sungai Milo berhampiran dengan Sungai Yangtze.

Sebagai seorang negarawan yang berbakat, Qu Yuan tidak bernasib baik. Akan tetapi beliau merupakan penyair romantik ulung yang pertama dalam sejarah kesusasteraan China. Beliau buat pertama kalinya telah menggubah sajak romantik dalam sejarah kesusasteraan China. Dalam tempoh dibuang negeri, beliau telah menulis sajak "Li Sao", "Tanya Langit" dan "Jiu Ge" yang terkenal yang disanjung tinggi oleh pujangga daripada pelbagai generasi dalam sejarah China. Antara tiga sajak itu, "Li Sao" adalah yang paling terkenal. Sajak itu merupakan sajak lirik puisi politik romantik dan juga merupakan sajak lirik puisi yang paling panjang antara sajak yang telah digubah oleh beliau. Dalam sajak "Li Sao", beliau telah membentangkan cadangan politik dan penganiayaan yang dialaminya disebabkan cadangan politik tersebut. Beliau juga telah melahirkan kekecewaan dalam lubuk hatinya dan kecintaannya terhadap rakyat dan negerinya. Beliau meluahkan cita-cita luhurnya dengan cara mengibaratkan dirinya sendiri sebagai rumput dan bunga yang cantik. "Tanya Langit" ialah sebuah sajak yang amat mengagumkan. Dalam sajak itu telah diluahkan 172 pertanyaan kepada langit, pertanyaan tersebut meliputi ilmu falak, geografi, kesusasteraan, falsafah dan bidang-bidang yang lain, yang memperlihatkan kecurigaan Qu Yuan terhadap konsep tradisional dan semangat mencari kebenaran.

Cita-cita luhur Qu Yuan dan semangatnya yang cinta akan tanah air dan rakyat dalam mencari kebenaran telah mendidik dan memupuk rakyat China dan juga telah disanjung tinggi oleh rakyat China dalam tempoh lebih dua ribu tahun yang lalu. Keindahan bahasa, kiasan yang mempesona, semangat patriotik yang luhur dalam sajak Qu Yuan menyebabkan beliau menjadi penyair klasik yang paling disukai oleh rakyat China dalam ribuan tahun yang lalu.

Qu Yuan terjun ke dalam Sungai Milo pada 5hb bulan ke-5 imlek kalendar China. Hari itu telah menjadi Pesta Ketupat bagi perayaan tradisional China. Pada hari itu pada setiap tahun, rakyat China akan mengingati Qu Yuan dengan cara membuat ketupat dan mengadakan perlumbaan perahu naga.

Qu Yuan dianugerahi gelaran sebagai salah seorang antara 4 orang "pujangga ternama dunia" oleh Majlis Kedamaian Dunia pada tahun 1953 dan diingati secara besar-besaran oleh rakyat seluruh dunia.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China