Cari:
Tang Xianzu, Dramatis Tersohor pada Zaman Silam China
2009-01-21 12:48:09 CRI Cetak

Pada akhir abad ke-16 sehingga awal abad ke-17 iaitu yang hampir sezaman dengan William Shakespeare, dramatis Britain yang termasyhur, muncullah pula seorang dramatis tersohor di China yang bernama Tang Xianzu. Walaupun beliau memulakan penggubahan kesusasteraan semasa berusia kira-kira 50 tahun, tetapi drama yang digubah oleh beliau telah kekal sehingga sekarang.

Tang Xianzu dilahirkan pada tahun 1550 di sebuah kota kaunti di Jiangxi, selatan China. Beliau pandai menulis sajak semasa berusia 5 tahun. Ketika berusia 21 tahun, Tang Xianzu telah mengikuti peperiksaan kerajaan di kampung halamannya dan menjadi terkenal kerana beliau telah memperoleh markah yang tinggi. Ini menyebabkan beliau penuh keyakinan terhadap masa depannya. Akan tetapi, nasibnya tidak sebaik sebagaimana yang diharapkannya disebabkan beliau telah menolak tuntutan yang dikeluarkan oleh pegawai yang menjaga peperiksaan itu yang meminta beliau memberi bantuan kepada beberapa orang anak pegawai tersebut bagi melakukan penipuan dalam peperiksaan itu. Disebabkan sifat Tang Xianzu yang jujur, beliau telah menolak tuntutan yang pegawai tersebut, maka beliau hanya dilantik sebagai seorang pegawai rendah pada masa bertahun-tahun selepas itu. Tang Xianzu menjawat jawatan sebagai pegawai selama lebih sepuluh tahun.

Tang Xianzu terkenal dengan penggubahan beberapa drama. Antara drama tersebut, yang paling terkenal ialah "Punjung Peoni". "Punjung Peoni" telah menceritakan satu kisah percintaan yang romantik. Cik Du Liniang, watak utama dalam drama itu merupakan seorang anak perempuan daripada sebuah keluarga pegawai. Dia tidak menghiraukan peraturan masyarakat feudal yang tidak membenarkan gadis yang belum berkahwin keluar secara bersendirian daripada rumah dan bersiar-siar di taman secara bersendirian. Semasa berehat di taman itu, Du Liniang telah tertidur dan bermimpi. Dalam mimpinya itu dia telah bertemu dengan seorang pujangga muda yang bernama Liu Sheng. Selepas terjaga daripada tidurnya itu, ia sentiasa merindui Liu Sheng yang ditemuinya dalam mimpi sehingga meninggal dunia akibat penyakit kemurungan. Akan tetapi, Liu Sheng yang ditemui oleh Du Liniang dalam mimpinya memang wujud. Selepas Du Liniang meninggal dunia, Liu Sheng telah pergi ke taman itu dan telah memperoleh lukisan potret wajahnya yang dilukis oleh Du Liniang. Liu Sheng telah bertemu dengan roh Du Liniang yang cantik, roh Du Liniang telah meluahkan kecintaan dan kerinduannya terhadap Liu Sheng. Liu Sheng juga turut jatuh cinta terhadap Du Liniang. Lantas Liu Sheng menggali kubur Du Liniang dan mengeluarkan mayatnya. Akhirnya Du Liniang telah hidup semula. Lantaran itu, mereka telah berkahwin dan menjadi pasangan suami isteri.

Dalam drama itu, dengan menggunakan kaedah penggubahan fantasik, Tang Xianzu telah mengkritik peraturan masyarakat feudal yang melarang kaum wanita mencari cinta sejati secara bebas dan dengan menggunakan cara fiksyen telah membolehkan watak wanita utama drama itu mewujudkan impiannya dan memperoleh cinta yang diharapkannya. Pada zaman sebelum "Punjung Peoni" digubah, drama yang digubah di China biasanya mengutamakan watak lelaki, manakala watak wanita hanya merupakan watak pembantu. Tang Xianzu telah mengubah pola tersebut. Dengan penggubahan "Punjung Peoni", beliau telah mengeluarkan isi lubuk hati kaum wanita yang mengidam-idamkan kebebasan dalam kehidupan termasuklah soal percintaan pada zaman itu. Maka, semenjak itulah, Cik Du Liniang yang berani untuk mencari cinta sejati dan kebahagiaannya sendiri telah menjadi idola yang dipuja oleh kaum wanita yang hidup dalam pelbagai kongkongan masyarakat feudal dalam masa beberapa ratus tahun selepas itu.

"Punjung Peoni" yang digubah oleh Tang Xianzu telah disadur menjadi pelbagai opera di China dalam masa lebih 300 tahun yang lalu dan terus dipentaskan sehingga sekarang. Pelbagai opera yang bertema "Punjung Peoni" bukan sahaja digemari oleh penonton China, tetepi juga telah mendapat sambutan baik di arena antarabangsa. Selain "Punjung Peoni", Tang Xianzu juga telah menggubah tiga buah drama lain yang jalan cerita, susunan dan kaedah penulisannya hampir sama dengan "Punjung Peoni". Drama yang digubah oleh Tang Xianzu telah memperlihatkan ketidakpuasannya terhadap masyarakat pada masa itu. Ada sasterawan selepas itu berpendapat bahawa Tang Xianzu menggunakan kaedah penggubahan tersebut bagi mendedahkan perselisihan pendapat antara impian yang merupakan hasrat rakyat jelata dengan realiti masyarakat. Penggubahan drama Tang Xianzu telah melahirkan pengaruh besar dalam sejarah kesusasteraan China.

Pada akhir abad ke-16 sehingga awal abad ke-17 iaitu yang hampir sezaman dengan William Shakespeare, dramatis Britain yang termasyhur, muncullah pula seorang dramatis tersohor di China yang bernama Tang Xianzu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China