Cari:
Rancangan Persada Muzik Khas Sambutan Tahun Baru China
2009-01-26 14:29:56 CRI Cetak

Hari ini bukan hari biasa bagi orang China, kerana ia merupakan hari terakhir bagi Tahun Tikus menurut kalendar China. Esok, kita akan menyambut ketibaan Tahun Lembu. Izinkan saya mewakili rakan sekerja saya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru China kepada saudara. Gong Xi Fa Cai!

Pada malam ini, ahli keluarga akan berkumpul makan dan minum bersama-sama dengan penuh gembira untuk menunggu ketibaan Tahun Baru China. Nanti, selepas kerja, saya juga akan balik ke rumah cepat-cepat, kerana banyak masakan yang enak sedang menunggu saya. Tetapi, sekarang saya sedia menghidangkan muzik yang menarik untuk saudara terlebih dahulu.

Hari ini amat istimewa, lagu-lagu yang akan saya hidangkan juga luar biasa, kerana lagu-lagu yang akan saudara dengar ini nanti adalah persembahan penyampai dari Bahagian Bahasa Melayu CRI. Sepatah kata orang tua-tua lama China, "nyanyian selalunya lebih merdu daripada percakapan." Baiklah, terlebih dahulu mari kita nikmati lagu yang dinyanyikan oleh Ketua Bahagian Bahasa Melayu kita, Awan!

Masih ingat lagikah pada Awan, saudara? Beliau pernah muncul dalam program "Selamat Pagi" TV1 di Malaysia pada bulan Disember lalu. Ya, itulah Awan. Mungkin ada antara saudara yang mengetahui siaran radio kami melalui penerangan beliau hari itu.

Sekrang, saya akan memperkenalkan "penyanyi popular" bahagian Bahasa Melayu kita. Kartiko! Persembahannya amat terkenal di CRI.

Seterusnya, saya akan memperkenalkan Zhang Wei, atau Anisah, penyampai Ruangan Pelancongan China. Beliau berasal dari Bandar Wuhan, provinsi Hubei. Jika, nanti, saudara berpeluang ke Wuhan, bolehlah menghubungi Anisah. Mungkin dia boleh menjadi pengiring atau pemandu pelancong bagi saudara. Anisah, seorang gadis yang cantik manis, suaranya juga muran sekali. Selamat mengikuti persembahannya.

Beberapa jam lagi, ketika loceng berbunyi, bunga api akan menerangi langit di seluruh negeri China. Tahun Baru China menandakan permulaan satu tahun lagi. Setiap orang tentu ada harapan baik untuk masa depannya.

Akhir sekali, saya akan menghidangkan lagu yang berjudul "Beijing Menantimu" yang amat popular ketika menyambut perasmian Sukan Olimpik pada bulan Ogos tahun lalu. Persembahan ini dinyanyikan oleh staf CRI dalam lapan jenis bahasa ASEAN, iaitu bahasa Melayu, Indonesia, Thailand , Laos, Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Filipina. Selamat menikmati "Beijing menantimu".

Sekianlah rancangan kali ini. Saya di Beijing, mengucapkan Selamat Tahun Baru China kepada saudara sekalian, di mana juga suadara berada! Semoga saudara gembira dan sihat selalu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China