Cari:
Karya Muzik yang Bercirikan Etnik di China
2009-02-05 10:39:15 CRI Cetak

Sempena hari raya tradisional , iaitu Tahun Baru China, saya secara khusus akan menghidangkan beberapa buah karya muzik yang bercirikan etnik di China untuk menambah kegembiraan saudara sepanjang tempoh cuti ini, di samping menyampaikan harapan baik kami kepada saudara.

Sebagai hidangan pertama, nikmatilah muzik yang diberi tajuk "Jin She Kuang Wu", dan diterjemah langsung sebagai " ular emas menari dengan gembira". Muzik ini disadur oleh pemuzik China yang terkenal, Nie Er daripada muzik rakyat China. Melodinya cepat dan iramanya rancak. Bunyi gong dan gendang yang mengiringi muzik ini merancakkan lagi suasana gembira. Ahli muzik tersebut cuba menggambarkan kemesraan dan keyakinan rakyat China terhadap masa depan.

Seterusnya saya akan menghidangkan muzik provinsi Guangdong yang diberi tajuk "Persembahan Gong dan Gendang sempena Tahun Baru China". Muzik Guangdong ialah sejenis muzik yang lebih popular dalam kalangan rakyat di kawasan delta Sungai Mutiara, selatan China. Melodinya lancar dan indah, iramanya rancak dan bercirikan kehidupan masyarakat di selatan China. Muzik ini dicipta oleh pemuzik Chen Baokun pada tahun 1989. Ciptaan ini dimainkan dengan alat muzik Gaohu, Suona dan alat gendering China untuk menggambarkan rasa gembira orang ramai ketika menyambut Tahun Baru China.

Berikutnya ialah muzik yang berjudul "Gembiranya Merayakan Tahun Baru China". Muzik ini digubah oleh pemain alat muzik Huqin yang terkenal di China, Ma Guanglu berdasarkan melodi opera tempatan provinsi Henan. Pada bahagian permulaan muzik ini, alat genderang dengan irama rancak terlebih dahulu, pada bahagian tengahnya irama menjadi perlahan-lahan, dan pada bahagian akhir irama menjadi rancak semula untuk membayangkan tema utama ciptaan ini, iaitu "rasa gembira dalam sanubari setiap orang".

Sebagai hidangan terakhir dalam ruangan hari ini, marilah kita nikmati paduan instrumental "Muzik Tarian Etnik Yao". Etnik Yao ialah salah sebuah etnik minoriti yang tinggal di bahagian barat daya China. Muzik ini disadur oleh pemuzik rakyat, Peng Xiuwen daripada muzik orkestra yang sama tajuknya. Ciptaan yang bercirikan etnik ini menceritakan kemeriahan suasana ketika rakyat etnik Yao merayakan suatu pesta dengan nyanyian dan tairan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China