Cari:
Lagu-lagu Persembahan Penyanyi Etnik Mongol Qinggeer
2009-02-18 12:09:02 CRI Cetak

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama menikmati lagu yang berjudul "Helo Padang Rumput" yang dinyanyikan oleh Qinggeer. Lirik lagu ini dicipta oleh Wang Ran dan iramanya digubah oleh Xinjiletu. Lagu ini dengan rentak yang rancak menyampaikan rasa cinta dan puji-pujian terhadap padang rumput. Lirik lagu ini berbunyi, antara lain, "ketika aku tiba di padang rumput, aku terasa dialur gelombang hijau; ketika aku menunggang kuda, barulah aku mengetahui makna 'luas'; ketika meninggalkan padang rumput, irama Matouqin sentiasa menyalur di dalam hatiku. Selepas aku minum arak ini, aku turut menyimpan rasa cinta kepada padang rumput dalam bagasiku. Rasa rindu tidak akan berubah, helo padang rumput."

Qinggeer membesar di padang rumput Wilayah Autonomi Mongolia Dalam dan selalu menghayati seni rakyat etnik Mongol. Abang Qinggeer bertugas sebagai pensyarah di institut kesenian. Jadi, Qinggeer sering menyanyai sejak masih kanak-kanak lagi. Kemudian, beliau masuk ke fakulti muzik vokal di sekolah kesenian wilayah Zhelimu untuk mempelajari bidang nyanyian. Beliau digelar "suara emas" dan "burung lewerik" di sekolahnya. Pada tahun 1997, Qinggeer berjaya dalam peperiksaan untuk masuk ke fakulti muzik Institut Kesenian Tentera Pembebasan Rakyat China untuk terus mempelajari bidang muzik vokal di bawah bimbingan profesor Tang Zuoding. Bakatnya dalam bidang seni dan nyanyian terserlah sepenuhnya. Caranya menyanyi amat istimewa kerana beliau telah menggabungkan ketrampilannya sebagai seniman lagu rakyat dan penyanyi lagu popular di samping menggunakan bel canto. Suaranya garau, terang dan rancak, dan persembahannya bagus sekali. Seterusnya, silalah nikmati lagu beliau yang berjudul "Menunggumu Kembali".

Qinggeer sekarang ialah penyanyi solo Kumpulan Nyanyian dan Tarian Tentera Wilayah Autonomi Mongolia Dalam. Beliau telah memenangi banyak anugerah dalam pertandingan lagu rakyat Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, dan kategori tentera, juga persembahan kesenian kebangsaan. Lagu yang berjudul "Bulan yang Bulat", "Cinta Padang Rumput" dan lain-lain yang menggambarkan hidup tentera yang ditempatkan di kawasan sempadan yang dinyanyikan oleh beliau mendapat sambutan baik daripada golongan tentera, dan beliau digelar "burung lewerik di padang rumput" atau "bunga mei yang kembang di khemah tentera".

Akhir sekali, saya akan menghidangkan lagu yang berjudul "Bulan yang Bulat" yang dinyanyikan oleh Qinggeer. Lagu ini menggambarkan secara terselindung rasa rindu dan bangga seorang gadis terhadap kekasihnya yang berkhidmat dalam pasukan tentera. Lirik lagunya berbunyi "Bulan yang bulat, rasa rindu ku terbang bersama bulan, terbang dari padang rumput ke kawasan sempadan. Bulan yang bulat, tolonglah bawa hasrat ku dan sampaikan kepada kekasihku."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China