Konghou, alat muzik petikan klasik China yang dicipta pada zaman Dinasti Tang, iaitu kira-kira dua ribu tahun yang lalu, selalu dimainkan oleh pancaragam diraja, dan juga amat digemari oleh rakyat.
Bentuk alat muzik ini mirip hap, iaitu sejenis alat muzik dari Barat. Kelainannya ialah, Konghou mempunyai dua baris tali, dan setiap baris pula mempunyai 36 utas tali pemetik. Tali-tali ini didirikan di atas kotak resonans, dengan susunan yang menjadikannya kelihatan seperti angsa yang terbang di langit. Oleh itu, alat muzik ini juga digelar "Konghou Yan Zhu". Dalam bahasa Mandarin, "Yan" bermakna angsa, dan "zhu" bermakna tiang tali.
Dengan bunyi yang merdu, Konghou Yan Zhu bukan sahaja dapat memainkan irama muzik klasik etnik dan muzik etnik yang moden, malah juga sesuai untuk memainkan muzik hap.