Cari:
Lagu Rakyat Nyanyian Kumpulan Paduan Suara Kanak-kanak Simfoni China
2009-03-04 10:21:04 CRI Cetak

Lagu yang berjudul "Muzik Tarian Golongan Muda" yang dinyanyikan oleh kumpulan paduan suara kanak-kanak Simfoni China lagu rakyat etnik Uygur. Iramanya merdu dan rentaknya cepat. Lirik lagunya berbunyi, antara lain, "walaupun matahari sudah turun, tetapi esok pagi ia akan naik semula. Bunga akan kembang lagi pada tahun depan selepas layu, tetapi masa muda tidak datang lagi selepas berlalu."

Kumpulan Paduan Suara Kanak-kanak Kumpulan Simfoni China ini adalah kumpulan paduan suara kanak-kanak yang terkenal di China. Ia ditubuhkan oleh pemimpin pancaragam terkenal, profesor Yang Hongnian pada tahun 1983. Anggota kumpulan paduan suara ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di bandar Beijing. Suara dan vokal mereka terang dan garau, nyanyian bagi semua bahagiannya jelas dan harmoni. Mereka berjaya mempersembahkan hasil muzik paduan suara yang bukannya mudah ini. Dalam tempoh 25 tahun yang lalu, kumpulan paduan suara ini pernah memenangi 6 buah anugerah peringkat antarabangsa dan kini, dikenali sebagai sebuah daripada 7 buah kumpulan paduan suara kanak-kanak terbesar di dunia. Seterusnya, marilah kita bersama-sama menikmati lagu rakyat etnik Mongol yang berjudul "Lagu Gembala". Persembahan kanak-kanak ini menggambarkan pemandangan yang indah di ladang rumput dan rasa cinta para penggembala terhadap kehidupan mereka.

Kemudian, kami akan menghidangkan lagu yang berjudul "Katak Berwarna-warni", nyanyian ini dipersembahkan tanpa iringan muzik.

Lagu ini lagu rakyat provinsi Shandong. Lirik lagu antara lain, berbunyi, "Si katak yang hijau dan berwarna lain berlompatan. Kakinya panjang dan perutnya besar, matanya seperti mentol. Katak berlompatan dan berbunyi 'ong!ong!ong!'".

Kumpulan Paduan Suara Kanak-kanak Simfoni China ini pernah diundang dan pergi ke A.S., Jepun, Austria, Jerman dan tempat-tempat lain untuk mengadakan persembahan. Persembahan mereka mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk tempatan. Sekarang, marilah kita nikmati lagu rakyat etnik Hezhe yang berjudul "Lagu Berlayar di Sungai Usuli".

Seterusnya, lagu yang berjudul "Meneka" selalu dinyanyikan oleh kanak-kanak di provinsi Yunnan ketika bermain-main. Lagu ini dinyanyikan dengan cara bertanya dan menjawab.

Kumpulan Paduan Suara Kanak-kanak Kumpulan Simfoni China pandai mempersembahkan pelbagai jenis lagu, termasuk lagu kanak-kanak tradisional China, lagu rakyat dan lagu negara asing.

Pada akhir rancangan kali ini, saya akan menghidangkan lagu tanpa iringan muzik yang dipersembahkan oleh kumpulan ini, berjudul "Main Syiling Tembaga". Lagu ini lagu rakyat Taiwan, dan selalu dinyanyikan oleh kanak-kanak ketika mereka bermain-main.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China