Cari:
Lagu Rakyat Nyanyian Kumpulan Paduan Suara Remaja Bakung
2009-03-11 17:34:54 CRI Cetak

Dalam ruangan hari ini, saya akan hidangkan lagu-lagu yang dipersembahkan Kumpulan Paduan Suara Remaja Bakung.

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama menikmati lagu rakyat Shaanxi yang berjudul "Bunga Berwarna Putih Kembang Empat Musim". Shaanxi terletak di bahagian barat laut China dan merupakan salah satu tempat asal pelbagai jenis lagu rakyat. Lagu ini, lagu rakyat di kawasan utara Shaanxi, dan dinyanyikan dengan bentuk tanya dan jawab untuk menceritakan pelbagai jenis bunga yang berwarna putih yang kembang pada musim yang berbeza-beza. Nadanya tinggi dan iramanya rancak, amat bercirikan suasana tempatan.

Kumpulan Paduan Suara Remaja Bakung ini ditubuhkan pada tahun 1997. Anggotanya terdiri daripada pelajar sekolah menengah bandar Shenzhen dengan umur yang paling tinggi 17 tahun dan yang paling rendah 11 tahun. Mereka berlatih menyanyi di bawah bimbingan tokoh profesioanl selepas waktu sekolah. Pada tahun 2003, Syarikat China Record (CRC) telah menerbitkan dan mengedarkan album nyanyian kumpulan paduan suara ini yang pertama dengan judulnya "Pelangi selepas Hujan". Tapi, sekarang marilah kita nikmati lagu yang berjudul "Musim Bunga Tiba" yang dinyanyikan oleh kumpulan paduan suara ini tanpa iringan muzik.

Seterusnya, saya akan menghidangkan lagu yang berjudul " Lagu Kanak-kanak di Kawasan Pergunungan". Lagu ini ialah gabungan tiga buah lagu rakyat, iaitu lagu rakyat Fujian yang berjudul "Memetik Daun Teh", lagu rakyat etnik Hani yang berjudul "Senandung Buaian" dan lagu rakyat etnik Tujia yang berjudul "Dong Dong Kui".

Kumpulan Paduan Suara Remaja Bakung ini bukan sahaja pandai menyanyi dan menari, persembahan mereka juga amat menarik. Kumpulan ini selalu menyertai aktiviti perayaan yang besar-besar dan bekerjasama dengan Kumpulan Simfoni Shenzhen dan Kumpulan Simfoni Guangzhou dalam persembahan konsert. Mereka pernah menang dalam pertandingan nyanyian paduan suara yang diadakan di Britain, Kanada, Australia dan wilayah lain. Seterusnya, marilah kita nikmati lagu rakyat etnik Korea yang berjudul "Lagu Ju Geng". Ju Geng, dalam bahasa Inggeris ialah platycodon root, iaitu sejenis tumbuhan liar yang menjadi makanan kegemaran rakyat etnik Korea yang tinggal di kawasan timur laut China. Lagu ini menceritakan kerajinan gadis etnik Korea.

Akhir sekali, saya akan menghidangkan lagu rakyat Shandong yang berjudul "Bao Leng Diao". Nadanya tinggi dan iramanya rancak dan menggambarkan rasa gembira gadis-gadis di sana menjelang tibanya musim menuai.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China