Cari:
Konsert Siri Lagu Rakyat Jiangxi
2009-03-20 11:16:36 CRI Cetak

Dalam ruangan kali ini, saya akan menyiarkan lagu-lagu yang dipersembahkan dalam Konsert Lagu Rakyat Jiangxi yang dianjurkan oleh Persatuan Kalangan Kesusasteraan dan kesenian Provinsi Jiangxi China.

Lagu yang saudara dengar ini ialah persembahan pertama dalam konsert tersebut, iaitu lagu yang berjudul "Sungai dan Tasik Dipenuhi Lagu". Lagu ini menggambarkan rasa cinta penduduk Jiangxi terhadap kampung halaman mereka dan suasana yang meriah ketika penduduk Jiangxi bekerja di ladang.

Provinsi Jiangxi terletak di kawasan tengah China. Sejak zaman kuno lagi, Jiangxi bukan sahaja kaya dengan hasil tumbuh-tumbuhan, malah kaya dengan lagu rakyat. Untuk meneruskan warisan dan mengembangkan muzik kalangan rakyat di sini, serta melindungi warisan budaya bukan kebendaan, Persatuan Kalangan Kesusasteraan dan Kesenian Provinsi Jiangxi telah menganjurkan Konsert Lagu Rakyat Jiangxi ini. Para pemuzik telah turun padang untuk mengumpulkan lagu rakyat yang bercirikan Jiangxi, menggubah semula lagu dan iramanya supaya lagu-lagu rakyat itu dapat menggambarkan sejarah, budaya dan adat resam Jiangxi serta kehidupan penduduk di sana dengan lebih baik.

Konsert ini mempunyai empat bahagian. Bahagian yang pertama bertajuk "Memanggil Musim Bunga". Lagu yang dipersembahkan dalam bahagian ini mencerminkan kerja-kerja petani di ladang. Sekarang saya akan menyiarkan lagu paduan suara lelaki yang berjudul "Lembu Ternakan Dibawa Meragut Rumput". Lagu ini menceritakan tentang kaum lelaki di desa Jiangxi yang memulakan kerja penanaman di ladang pada musim bunga. Baiklah, selamat mengikuti lagu "Lembu Ternakan Dibawa Meragut Rumput".

Lagu dalam bahagian kedua konsert ini berjudul "Menggendong Tanglung" yang menggambarkan adat resam perkahwinan di kawasan Jiangxi pada zaman dahulu. Lagu yang berjudul "Menangis pada Upacara Perniakhan" dalam bahagian ini pula menceritakan kisah ibu dan anak perempuannya yang akan berkahwin menangis, kegembiraan pada upacara perkahwinan yang meriah.

Bahagian ketiga konsert ini berjudul "Nyanyian Kecemerlangan", khusus untuk menggambarkan kawasan Jiangxi yang mengutamakan budaya dan pendidikan. Lagu solo wanita yang berjudul "Lagu Zhu Gu" menggambarkan irama tempatan dengan puisi rakyat, dan menceritakan kisah ibu yang mengajar anaknya. Dalam lirik lagu ini, nama sasterawan zaman lampau yang berasal dari Jiangxi disebut untuk menggambarkan kecemerlangan budaya di Jiangxi.

Pada bahagian terakhir yang berjudul "Menikmati Kebahagiaan", lagu-lagunya menggambarkan adat resam di Jiangxi yang beraneka ragam. Lagu yang berjudul "Lihatlah Tanglung Cap Goh Mei" yang akan disiarkan ini menggambarkan suasana yang meriah untuk menyambut Pesta Cap Goh Mei.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China