Cari:
Xin Qiji, Penyajak Bergaya Keras yang Amat Cinta akan Tanah Airnya
2009-03-25 16:16:03 CRI Cetak

Xin Qiji terkenal sebagai penyajak yang bergaya keras dalam bidang kesusasteraan dan seorang tokoh politik yang amat cinta akan tanah airnya dalam sejarah China. Beliau bukan sahaja diiktiraf sebagai "tokoh gemilang dan sasterawan yang berbakat", malah sebagai penyajak yang karya-karyanya melambangkan taraf senia yang paling tinggi pada zaman Dinasti Song.

Sajak zaman Dinasti Song juga terkenal dengan bentuk ayat panjang dan pendek, dan merupakan sejenis puisi yang berirama dan dapat dinyanyikan untuk menyatakan perasaan karyawannya. Sajak zaman ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu yang bergaya lembut dan yang bergaya keras.

Yang bergaya keras itu melibatkan lingkungan pengkaryaan yang luas, mencipta suasana yang bersifat murni dan menggambarkan pemandangan yang megah dengan menggunakan kata-kata yang keras, padat dan bersemangat, di samping menyuarakan perasaan penulis secara langsung.

Xin Qiji diiktiraf sebagai penyajak gemilang dalam sejarah yang menghasilkan sajak Song yang bergaya keras. Beliau hidup pada zaman Dinasti Song Selatan, iaitu kira-kira 800 tahun yang lalu yang mana penuh dengan perselisihan puak dan China sering mengalami perang saudara.

Xin Qiji yang bersemangat gigih dan mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menentang penceroboh dari bahagian utara. Beliau mengambil bahagian dalam perjuangan menentang pencerobohan sebagai tentera sukarela kalangan pejuang rakyat. Kemudian beliau dikerah oleh tentera Danasti Song Selatan untuk berjuang menakluk kembali wilayah yang diambil oleh puak minoriti dari bahagian utara itu.

Tema karya-karya ciptaan Xin Qiji tidak lepas daripada pengalamannya sebagai tentera, dan mencerminkan semangat anggota tentera yang sebenar yang penuh tabah, berani dan yakin. Sebahagian ayat yang dipetik daripada sajak Xin Qiji berbunyi seperti berikut, "Aku mau bawa gelombong dari langit untuk mencuci bersih pasir di tempat musuh di Bahagian Barat Laut." "Pejuang tetap tabah sampai saat terkorban, Lihatlah kehebatanku, mampu menyambungkan keretakan di atas langit."

Xin Qiji sering menyatakan keinginan dan keyakinannya untuk mengambil balik wilayah yang ditakluki musuh sejak beliau masih muda lagi.

Setelah menjawat jawatan dalam kerajaan Dinasti Song Selatan, Xin Qiji meniti kehidupan yang penuh gelora dalam bidang politik kerana beliau bukan sahaja dinaikkan pangkat beberapa kali , malah diturunkan pangkat beberapa kali. Beliau menghadapi cabaran untuk menakluk kembali wilayah yang diambil oleh penceroboh, tetapi sering gagal mencapai matlamatnya disebabkan kurang sokongan daripada kerajaan, yang ketika itu, yang dianggapnya lemah , manakala golongan pegawainya pula kurang bijak.

Dengan kekecewaan yang besar, Xin Qiji menulis sajak yang berbunyi "Matahari sedang terbenam di tempat yang tumbuh pokok Willow, di situ berdiri seorang insan yang putus asa", "Angin bertiup kencang di tebing sungai, Gelombang pagi yang datang cukup besar hingga merobohkan rumah". Ayat-ayat tersebut mencerminkan karyawan yang betapa kecewanya setelah gagal merealisasikan cita-citanya untuk memberikan sumbangan kepada tanah air.

Karya-karya Xin Qiji kebanyakannya bertumpu pada rasa "resah" kerana beliau telah hidup selama hampir 20 tahun tanpa berbuat apa-apa, setelah hasratnya untuk membawa tentera menakluk kembali wilayah yang diduduki oleh musuh ditolak oleh kerajaan. Beliau menjadi semakin tua dengan rambutnya yang bertambah banyak. Ketika itu, sajaknya juga bercampur rasa "sedih", dengan katanya, "Aku tidak kenal resah ketika masih remaja, tetapi sengaja mereka rasa resah dalam bersajak", "Sekarang aku sudah merasai resah yang beraneka macam hingga sukar untuk menjelaskan darimana asal. Aduh! Sejuk sekali musim gugur ini."

Kata-katanya yang penuh dengan keresahan itu menunjukkan sikap betapa beliau tidak puas hati terhadap kerajaan Dinasti Song Selatan yang kurang bijak, dan menjadikannya terpaksa hidup dalam kekecewaan.

----DAZHONG

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China