Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi terletak di bahagian barat daya China. Guangxi menjadi terkenal sebagai "Laut Lagu" kerana mempunyai tradisi yang istimewa, iaitu menyampaikan perasaan dengan nyanyian. Sebelas etnik minoriti termasuk Zhuang, Miao, Yao, Dong, Gin, Mulam, Maonan, Hui, Shui dan Gelao yang pandai menyanyi dan menari tinggal di wilayah yang amat indah ini. Dalam ruangan hari ini, saya akan hidangkan beberapa lagu rakyat paduan suara Guangxi.
Sebagai hidangan pertama, nikmatilah lagu yang berjudul "Indahnya Kampung Etnik Zhung". Lagu ini menyampaikan puji-pujian orang etnik Zhuang terhadap kampung mereka. Lirik lagu ini menyatakan, "Indahnya kampung Zhuang, cuacanya cerah sekali. Gunungnya mengghijau dan air sungainya jernih. Gadis etnik Zhuang dengan gembiranya menyanyi pada musim bunga."
Menyanyi telah menjadi sebahagian kehidupan rakyat Etnik Zhuang. Pepatah etnik Zhuang ada mengatakan, "sekiranya dapat bersuara mestilah menyanyi sampai mati". Pepatah ini dapat mencerminkan rasa cinta rakyat etnik Zhuang terhadap nyanyian. Sekarang selamat mengikuti lagu yang berjudul "Harum Adas Manis Menyebar". Adas manis merupakan hasil keluaran Gungxi yang khusus.
Di Guangxi, orang selalu menyampaikan perasaan dengan nyanyian, bertemu dengan sahabat dengan nyanyian, menceritakan sesuatu melalui nyanyian. Seterusnya, selamat mengikuti lagu yang berjudul "Lagu Selamat Minum" yang selalu dinyanyikan ketika merayakan pesta, dan ketika ramai orang berkumpul untuk makan bersama-sama. Iramanya rencak dan lincah.
Hari ke-3 bulan ketiga kalendar China ialah hari pesta nyanyian tradisional rakyat etnik Zhuang. Dalam pesta ini, pemuda-pemudi yang memakai pakaian yang cantik akan menyanyi sepanjang hari, siang dan malam secara tanya dan jawab antara teruna dan dara. Mereka mencari dan milih kekasih, dan menyampaikan rasa cinta mereka melalui nyanyian. Maka, pesta ini juga dikenali sebagai "Pesta Kekasih" etnik Zhuang.
Seterusnya, saya hidangkan lagu rakyat etnik Zhuang yang diberi tajuk "Bunga Raya yang Merah". Lagu ini menyampaikan rasa gembira rakyat Guangxi ketika merayakan pada permulaan pesta tersebut.
Akhir sekali, marilah kita menikmati lagu etnik Dong yang berjudul "Riang-riang pada Bulan Mei". Orang etnik Dong pandai menyanyi dan menari. Itulan sebabnya dikatakan, "setiap orang etnik Dong pantai menyanyi". Lagu paduan suara etnik Dong dinyanyikan secara bahagian demi bahagian, dan tanpa iringan muzik. Lirik lagu ini, antara lain, berbunyi, "Pada bulan Mei, iriang-riang berbunyi "riang-riang". Gadis memakai pakaian yang cantik untuk menjemput tetamu khas. Suasana di kampung etnik Dong meriah dan gembira."