Cari:
Lagu Panduan Suara Rakyat Etnik di Guangxi (2)
2009-04-03 10:34:03 CRI Cetak

Hidangan pertama, marilah kita bersama-sana menikmati lagu rakyat etnik Zhuang yang berjudul "Lagu Pergunungan Liao Luo". Lagu ini amat pupolar di Guangxi, kerana dalam lirik lagu ini, setiap ayat mengandungi perkataan "Liao Luo". Lagu ini agak lucu dan penuh dengan humor. Ceritanya tentang seorang pemuda yang diejek oleh beberapa orang gadis kerana dia tidak tahu caranya untuk menyampaikan rasa cintanya kepada gadis yang dicintainya.

Untuk meneruskan warisan dan mengembangkan muzik etnik, serta mendidik penyanyi daripada kalangan etnik minoriti, kerajaan Guangxi telah menubuhkan Kumpulan Paduan Suara Etnik Minoriti Guangxi pada tahun 1985. Kumpulan ini terdiri daripada penyanyi etnik Zhuang, Yao dan Dong yang pandai menyanyi dengan menggunakan dialek. Kumpulan ini selalu mempersembahkan lagu paduan suara tanpa iringan muzik yang digubah berdasarkan lagu rakyat etnik minoriti di Guangxi, dan dinyanyikan secara bahagian demi bahagian dalam pelbagai ragam.

Lagu yang saudara dengar ini dinyanyikan oleh Kumpulan Paduan Suara Etnik Minoriti Guangxi iaitu lagu etnik Zhuang yang berjuduk "Kampung di Kawasan Pergunungan yang Baik". Lagu ini menggambarkan rasa cinta penduduk etnik Zhuang terhadap kampung halaman mereka.

Seterusnya saya akan menghidangkan lagu rakyat etnik Zhuang yang berjudul "Pemandangan Musim Bunga Dinyanyikan Setiap Tahun". Lagu ini ialah lagu rakyat puak Hei Yi, Zhuang yang tinggal di kawasan Napo Guangxi. Hei Yi, Zhuang merupakan satu daripada lebih 40 buah puak di Guangxi. "Hei", bermakna hitam, dan puak ini memuji dan mencintai warna "hitam" sejak lebih seribu tahun dalam sejarahnya. Puak Hei Yi, Zhuang sekarang terus mewarisi tradisi lama dengan memakai pakaian yang berwarna hitam dan ini juga menjadi lambang puak Hei Yi, Zhuang. Silalah menikmati lagu "Pemandangan Musim Gunga Dinyanyikan Setiap Tahun".

Berikutnya, lagu yang berjudul "La Shan Le" dinyanyikan secara menanya dan menjawab untuk menggambarkan suasana kerja penebangan pokok.

Etnik Gin tinggal di kawasan selatan Guangxi. Pesta Chang Ha merupakan pesta tradisional yang paling meriah bagi etnik Gin. "Chang Ha" bermakna menyanyi. Sempena Pesta Chang Ha, anggota masyarakat etnik Gin tidak kira yang tua atau muda, semuanya akan menghias diri dengan pakaian yang cantik dan berkumpul menyanyi dan menari selama tiga hari. Sekarang marilah kita bersama-sama menikmati lagu etnik Gin yang berjudul "Alat Muzik Duxianqin Dimainkan".

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China