Cari:
Houguan
2009-05-25 08:52:38 CRI Cetak

Houguan

Houguan, yang juga dikenali sebagai "Zhuguan", merupakan sejenis alat muzik tiupan yang dicipta berasas kepada alat muzik jenis paip tradisional China. Pada mulanya, ia digunakan oleh penjaja di tepi jalan di Provinsi Guangdong untuk menarik perhatian pelanggan. Sehingga penghujung tahun 1920-an, barulah ia dimainkan dalam muzik dan opera tempatan.

Struktur Houguan sangat ringkas. Ia terdiri daripada serunai, bahagian badan dan trompet. Serunainya diperbuat daripada mensiang, dan mulutnya lebih lebar. Bahagian badannya diperbuat daripada buluh, kayu, paip plastik atau bahan logam. Terdapat 7 buah lubang pada bahagian badannya. Di bahagian penghujungnya dipasang sebuah trompet, untuk membesarkan bunyi dan juga sebagai hiasan.

Bunyi yang dikeluarkan oleh alat muzik ini agak padat dan rendah. Ia selalu dimainkan bersama dengan Zhonghu atau Dihu, dalam pancaragam etnik tempatan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China