Cari:
Konsert Paduan Suara Institut Kesenitan Guangxi
2009-04-16 11:42:55 CRI Cetak

Dalam rancangan hari ini, saya akan menyiarkan persembahan Kumpulan Paduan Suara Institut Kesenian Guangxi dalam konsert yang bertema "Silalah Bawa Laguku"

Lagu yang saudara dengar ini berjudul "Ingatan kepada Kampung Etnik Zhuang" yang dinyanyikan oleh Kumpulan Paduan Suara Institut Kesenian Guangxi. Lagu ini dipersembahkankan dengan suara dalam tiga bahagian, dengan seorang penyanyi utama bagi nyanyian berkumpulan. Lagu ini menggambarkan semangat penduduk etnik Zhuang yang berusaha dengan penuh gigih untuk membangunkan kampung halaman mereka. Lirik lagu ini, antara lain berbunyi "angin musim bunga membolehkan bunga berkembang, ladang bermandi wangi bunga. Bau yang wangi menarik tetamu dari tempat-tempat lain. Nyanyian yang merdu turut tersebar ke merata-rata tempat. Penduduk pelbagai etnik bekerja dengan rajin untuk mencipta masa depan yang cerah."

Institut Kesenian Guangxi terletak ini di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di bahagian barat daya China. Lebih sepuluh etnik minoriti, termasuk etnik-etnik Zhuang, Han, Yao dan Miao tinggal di wilayah ini. Kumpulan Paduan Suara Institut Kesenian Guangxi ini ditubuhkan pada tahun 1995. Lebih daripada 100 orang anggotanya merupakan pensyarah muda dan siswa-siswi institut tersebut. Sejak lebih 10 tahun yang lalu, kumpulan ini telah mengekalkan latihan profesional yang kemas, dan dengan bimbingan pakar paduan suara yang terkenal, taraf nyanyian mereka semakin meningkat dan gaya nyanyian mereka menjadi harmoni, bersih, hangat dan murni.

Seterusnya saya akan menghidangkan lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan paduan suara ini yang berjudul "Pulanglah dari Xu". "Xu" ialah pasar desa yan khusus terdapat di kawasan barat daya China. Hingga kini, tradisi pergi ke "Xu" masih dikekalkan di kawasan etnik minoriti di Guangxi, Yunan dan Guizhou. Lagu ini dihasilkan berdasarkan muzik etnik Yi. Irama lagu ini yang rancak lebih menggambarkan rasa gembira gadis etnik Yi ketika pulang dari "Xu".

Berikutnya saya akan menghidangkan lagu yang berjudul "Menghentak-hentakkan kaki". Para penyanyi akan menari ketika mempersembahkan lagu ini untuk menyampaikan perasaan riang muda-mudi etnik Yi. Lirik lagu ini, antara lain berbunyi "api unggun dinyalakan; hentak-hentakkan kaki. Alat muzik Lusheng berbunyi; hentak-hentakkan kaki. Menari sambil menghentak-hentakkan kaki, riang hati dengan menghentak-hentakkan kaki."

Dalam konsert ini, Kumpulan Paduan Suara Institut Kesenian Guangxi mempersembahkan lagu-lagu dalam bahasa etnik Zhuang dan Yao di samping bahasa Mandarin. Seterusnya, marilah kita bersama-sama nikmatilah lagu yang berjudul "Arak yang Disediakan oleh Puak Hei Yi Zhuang".

Beberapa tahun lalu, kumpulan paduan suara ini pernah mewakili Guangxi untuk menyertai pertandingan nyanyian paduan suara peringkat kebangsaan dan antarabangsa, di dalam dan di luar negara. Mereka berjaya membawa pulang kecemerlangan, iaitu pingat perak kategori profesional dalam pertandingan paduan suara Pesta Kesenian Siswa-siswi Kebangsaan China pada tahun 1998; pingat emas kategori profesional Persembahan Artis Siswa-siswi Kebangsaan pada tahun 2005; dan pada tahun 2008, dalam Pertandingan Penyanyi Muda CCTV, persembahan mereka mendapat sambutan baik dan mereka berjaya hingga ke peringkat akhir.

Akhir sekali, saya akan menghidangkan lagu yang berjudul "Silalah Bawa Laguku" yang menjadi tema konsert ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China