Cari:
Lagu Rakyat Nyanyian Biduan Liu Shiming
2009-04-22 18:43:12 CRI Cetak

Dalam rancangan hari ini, saya akan memperkenalkan lagu rakyat yang dinyanyikan oleh biduan China yang terkenal China, Liu Shiming.

Hidangan pertama, silalah nikmati lagu rakyat etnik Uygur yang berjudul "Muzik Tarian Golongan Muda". Lagu ini dinyanyikan untuk menyampaikan hasrat terhadap orang muda agar mereka menghargai masa dan belajar dengan bersungguh-sungguh.

Pada tahun 1958, Encik Liu Shiming berjaya dalam peperiksaan untuk masuk ke Institut Bahasa-Bahasa Asing dan Institut Drama Pusat pada masa yang sama. Beliau memutuskan untuk masuk ke Institut Drama Pusat disebabkan minatnya yang kuat terhadap drama. Selepas tamat dari institut drama itu, Liu Shiming terus bertugas sebagai pelakon opera dan penyanyi solo di Teater Opera China. Selama bertugas di teater tersebut, beliau telah memenangi anugerah lakonan terbaik sebanyak enam kali. Anugerah ini dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan China.

Seterusnya, saya akan menghidangkan lagu rakyat Sichuan yang berjudul "Sudah Lama Tempat Ini Tidak Dikunjungi" yang dinyanyikan Liu Shiming. Lagu ini menceritakan pemandangan desa di Sichuan yang indah dan petani yang sedang bekerja dengan gembira.

Suara Liu Shiming jelas dan vokalnya besar. Persembahan beliau menampilkan gayanya yang tersendiri dan ini mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai. Berikutnya, silalah nikmati lagu rakyat Shaanxi yang berjudul "Ada Makanan, juga Ada Pakaian" yang dinyanyikan oleh Liu Shiming. Lagu ini menceritakan cara hidup yang mudah, yakni asal sahaja bekerja dengan rajin, kehidupan harian akan terjamin.

Encik Liu Shiming sudah berusia lebih daripada 70 tahun sekarang ini dan jarang membuat persembahan lagi. Namun, beliau tidak pernah berhenti daripada mengajar bidang nyanyian ini. Beliau mengajar dengan giat supaya pengalamannya dalam membuat persembahan dikongsi dengan golongan muda. Sekarang saya akan menghidangkan lagu rakyat kawasan timur laut China yang berjudul "Cincin yang Hilang". Lagu ini menceritakan kisah seorang gadis yang hilang cincin yang dihadiahkan oleh kekasihnya. Dia mengenepikan rasa malunya dan berjanji akan memberikan ganjaran kepada orang yang menemukan cincinnya itu.

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu yang berjudul "Satu Legenda yang Indah", nyanyian Liu Shiming.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China