Cari:
Konsert Paduan Suara Lelaki Pasukan Polis Tentera China
2009-04-29 11:27:41 CRI Cetak

Baru-baru ini, Kumpulan Paduan Suara Lelaki Pasukan Polis Tentera China telah mengadakan konsert yang bertema "Jalan ke Syurga" di bandar Shenzhen, selatan China. Dalam rancangan hari ini, saya akan memperkenalkan lagu-lagu yang dipersembahkan oleh mereka dalam konsert ini.

Bagi hidangan pertama, silalah nikmati lagu yang berjudul "Lagu Sungai Yangtzi" yang dinyanyikan Kumpulan Paduan Suara Pasukan Polis Tentera China ini. Lagu ini memuji-muji sungai Yangtze, sebatang sungai terbesar di China untuk menyampaikan rasa cinta rakyat China terhadap tanah air.

Kumpulan Paduan Suara Pasukan Politk Tentera ini ditubuhkan pada bulan April tahun 2008 dan merupakan satu-satunya pasukan paduan suara lelaki profesional di China. Seramai lebih 80 orang pemuda yang membentuk pasukan paduan suara ini adalah siswazah cemerlang dari jurusan kesenian pelbagai universiti di China. Teknik nyanyian yang digunakan oleh mereka amat bagus hinggakan mampu menggambarkan semangat muda yang lebih dinamik.

Seterusnya, marilah kita bersama-sama menikmati lagu yang berjudul "Jalan ke Syurga" yang juga menjadi tema konsert kali ini. Lagu ini menceritakan perubahan kehidupan yang diambil oleh masyarakat pelbagai etnik yang tinggal di kawasan laluan kereta api Qinghai-Tibet selepas perkhidmatan kereta api tersebut beroperasi, serta hasrat penduduk Tibet terhadap kehidupan yang lebih bahagia.

Dalam konsert ini, antara lagu-lagu yang dipersembahkan oleh Kumpulan Paduan Suara Lelaki Pasukan Polis Tentera China ini termasuklah beberapa buah lagu yang digubah semula daripada lagu yang dinyanyikan secara solo. Berikutnya, saya akan menghidangkan lagu yang berjudul "Saya Pengawal Sempadan Tanah Air".

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama mendengar lagu yang berjudul "Bulan Sabit". Lagu ini menyampaikan rasa rindu terhadap zaman kanak-kanak di kampung halaman. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Di bawah sinaran bulan sabit, kelihatan jambatan kecil, juga berbentuk bulan sabit. Sebuah perahu berhenti di tepi jambatan. Itulah gadis A Jiao yang mendayung perahu itu. Air mata yang bercucuran di pipinya bagaikan aliran sungai, yang terus mengalir ke lubuk hatiku. Hatiku dipenuhi rasa sedih……"

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China