Cari:
Lagu Rakyat yang Dinyanyikan oleh Pan Jun
2009-05-13 20:09:51 CRI Cetak

 

Dalam rancangan kali ini, saya akan menghidangkan beberapa buah lagu rakyat China yang dipersembahkan oleh penyanyi muda Pan Jun. Untuk hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu rakyat Hunan yang berjudul "Kuaci biji Tembikai Merah". Lagu ini merupakan sejenis senandung dalam kalangan rakyat yang menceritakan idaman gadis terhadap rasa cinta.

Pan Jun merupakan antara penyanyi muda yang sedang menempa nama di China pada masa ini. Beliau dilahirkan di provinsi Hunan, kawasan tengah China. Selepas tamat dari Konservatori Muzik Wuhan, beliau menganggotai Kumpulan Kesenian Pasukan Polis Tentera China pada tahun 1988 dan memulakan kerjaya pentas sejak itu. Beberapa tahun kebelakangan ini, Pan Jun telah memperoleh anugerah penyanyi terbaik kategori profesional dalam pertandingan nyanyian pemuda kebangsaan dan anugerah "10 penyanyi yang paling disukai pendengar seluruh negeri" buat beberapa kali. Selain itu, albumnya yang berjudul "Ketika Bunga Kembang pada Musim Bunga" dan "Musim Bunga Ada Setiap Hari" telah mendapat sambutan yang agak hangat daripada para pendengar.

Seterusnya saya akan menghidangkan lagu rakyat Hubei yang berjudul "Cei Dong Cei". Lagu ini menceritakan kisah muda-mudi yang bergurau dan berjenaka sambil bekerja di ladang. Perkataan "Cei Dong Cei" berulang kali disebut dalam lirik lagu ini.

Sebagai penyanyi pasukan tentera, Pan Jun selalu pergi ke kem pasukan tentera untuk menyanyikan lagu-lagunya kepada tentera di sana. Beliau menjadi salah seorang penyanyi yang paling disukai oleh tentera China. Beliau menguasai teknik nyanyian yang bermutu dan mempunyai gaya tersendiri. Beberapa tahun yang lalu, beliau pernah mengikuti rombongan artis China ke Australia, New Zealand dan Rusia. Persembahan beliau telah mendapat sambutan yang baik daripada penonton di sana.

Sekarang silalah nikmati lagu rakyat timur laut China yang berjudul "Menemui kekasih". Lagu ini menceritakan kisah seorang gadis yang pergi menemui kekasihnya. Dalam perjalanan itu, hatinya tidak tenteram, hinggakan barang yang dibawanya seperti tembikai terpecah, dan ayam serta itiknya juga lari.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China