Cari:
Zu Chongzhi, Ahli Sains Tersohor Pada Zaman Silam China
2009-05-21 14:45:01 CRI Cetak
Pengkajian sains dan teknologi telah mencapai perkembangan pesat pada abad ke-3 hingga abad ke-6 Masihi di China. Pada masa itu, sejumlah besar ahli sains tersohor telah muncul di China dalam bidang matematik, astronomi, almanak, pembuatan mesin dan lain-lainnya. Zu Chongzhi merupakan ahli matematik dan astronomi yang terkemuka pada masa itu. Pencapaian beliau dalam bidang pengkajian sains dianggap sebagai tahap tertinggi perkembangan sains dan teknologi China pada masa itu.

Zu Chongzhi dilahirkan pada tahun 429 Masihi. Berdasarkan catatan sejarah, datuknya merupakan pegawai kanan yang bertanggung jawab terhadap projek-projek pembinaan negara, manakala bapanya juga menjawat jawatan sebagai pegawai kerajaan. Zu Chongzhi memang boleh mencapai kejayaan besar dalam bidang politik berdasarkan latar belakang keluarganya, tetapi beliau telah menceburkan diri dalam pengkajian sains yang merupakan minat beliau.

Pencapaian yang paling penting yang dicapai oleh Zu Chongzhi dalam bidang pengkajian matematik, lebih-lebih pengkajian beliau terhadap nisbah lilitan bulatan antara bulatan dengan garis pusatnya. Hasil yang dicapai oleh beliau tersebut menduduki tempat terpenting dalam sejarah perkembangan matematik dunia.

Pengiraan nisbah lilitan bulatan antara bulatan dengan garis pusatnya merupakan suatu tema yang amat penting dan juga sangat sukar dilakukan dalam bidang matematik. Banyak ahli sains mengira nisbah itu pada zaman silam. Zu Chongzhi memulakan pengiraan nisbah itu semasa berusia 35 tahun. Sebelum itu, para ahli sains telah mendapati bahawa panjang bulatan adalah lebih tiga kali daripada garis pusatnya. Ahli matematik China Liu Hui telah mengira sampai empat tempat di belakang titik perpuluhan daripada nisbah tersebut.

Zu Chongzhi telah berjaya mengira sampai tujuh tempat di belakang titik perpuluhan daripada nisbah itu iaitu nisbah lilitan bulatan antara bulatan dengan garis pusatnya ialah 3.1415926 hingga 3.1415927. Apa kaedah yang digunakan oleh Zu Chongzhi sehingga berjaya mengira nisbah itu tidaklah diketahui.

Nisbah lilitan bulatan antara bulatan dengan garis pusatnya yang dikira oleh Zu Chongzhi itu dikekalkan selama seribu tahun dan dibaharui oleh ahli matematik Arab Al Kashi pada abad ke-15. Zu Chongzhi juga buat pertama kalinya di dunia mengemukakan nisbah lilitan bulatan antara bulatan dengan garis pusatnya dalam bentuk pecahan iaitu nisbah itu menghampiri 355/113. Pada masa lebih seribu tahun selepas itu, ahli matematik Jerman Valentin Otto baru membaharui nisbah itu pada abad ke-16. Demi memperingati sumbangan ulung yang dibuat oleh Zu Chongzhi dalam bidang ini, ahli sejarah matematik negara asing mencadangkan supaya menamakan nisbah lilitan bulatan antara bulatan dengan garis pusatnya sebagai Niabah Zu Chongzhi.

Zu Chongzhi bersama dengan anak lelakinya berjaya menyelesaikan masalah untuk mengira keluasan sefera. Kaedah pengiraan yang digunakan oleh mereka itu akhirnya diteruskan oleh ahli matematik Itali Cavalieri pada lebih seribu tahun selepas itu.

Zu Chongzhi juga telah melaksanakan pengkajian mendalam terhadap bidang lain matematik. Beliau telah menerbitkan Ilmu Matematik yang mengumpulkan hasil-hasil penyelidikan beliau dalam bidang matematik. Buku itu disenaraikan sebagai salah sebuah daripada 10 kitab ilmu matematik pada zaman Dinasti Tang iaitu dari tahun 618 hingga tahun 907 dan ditetapkan sebagai buku teks matematik untuk pelajar. Buku itu pernah diperkenalkan ke Jepun dan Korea dan digunakan sebagai buku teks di sekolah.

Zu Chongzhi juga telah memperoleh pencapaian yang tinggi dalam bidang ilmu astronomi dan almanak. Pada tahun 462 Masihi, beliau berjaya mencipta Kalendar Daming yang paling saintifik dan maju pada masa itu di dunia.

Zu Chongzhi juga merupakan seorang pakar pembuat mesin yang tersohor. Beliau pernah membuat pengisar batu yang dapat mengisar bahan makanan dengan menggunakan tenaga air dan kapal yang boleh belayar dengan laju. Selain itu, Zu Chongzhi juga berminat terhadap sains sosial dan muzik. Amat jarang terdapat ahli sains seperti beliau yang membuat penyelidikan sains dalam pelbagai bidang dan mencapai sebegitu banyak hasil yang berharga di dunia.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China