Cari:
Xiao
2009-06-02 15:46:03 CRI Cetak

Xiao, yang juga dikenali sebagai "Dongxiao" ini, merupakan sejenis alat muzik tiupan tradisional China yang dicipta berasaskan Paixiao, yang digelar "Xiao" pada ketika itu. Dalam proses meniup alat muzik itu, pemain mendapati bahawa jika dibuka beberapa lubang yang jaraknya tidak sama pada sebatang paip, bunyi yang amat merdu dengan irama yang berbeza-beza juga dapat dihasilkan. Melalui evolusi, Xiao telah berubah daripada Paixiao yang terdiri daripada beberapa batang paip, menjadi Dongxiao yang terdiri daripada sebatang paip dengan beberapa lubang yang dibuka.

Struktur Xiao agak ringkas. Bentuknya mirip seruling, tetapi bahagian badannya lebih panjang berbanding dengan alat muzik itu. Ia diperbuat daripada buluh. Terdapat 5 buah lubang pada bahagian paipnya, dan sebuah lubang lagi pada atas bahagian belakangnya. Selain itu, 3 hingga 4 buah lubang dibuka pada bawah bahagian belakangnya, untuk membesarkan dan memerdukan bunyinya.

1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China