Cari:
Konsert Lagu Biduan Wang Hongwei
2009-05-20 15:55:26 CRI Cetak
Pada penghujung tahun 2008, konsert lagu biduan China yang terkenal Wang Hongwei telah diadakan di Golden Hall Vienna. Dalam konsert ini, beliau mempersembahkan lagu rakyat kawasan barat China dan beberapa buah lagu lain yang amat popular di China. Dalam rancangan hari ini, saya akan membawa saudara menghayati persembahan Wang Hongwei dalam konsert tersebut.

Konsert ini dimulakan dengan lagu yang berjudul "Di Tempat yang Jauh" yang dinyanyikan Wang Hongwei. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "di sebuah tempat yang begitu jauh, tinggal seorang gadis yang cantik. Siapa sahaja yang lalu di pinggir rumahnya, tentu akan menoleh untuk melihatnya. Pipinya merah dan matanya cantik umpama bulan yang bersinar. Aku rela menjadi gembala kambing bersama-samanya agar dapat menatap wajahnya setiap hari, walaunpun berbuat demikian aku terpaksa meninggalkan segala yang kumiliki."

Konsert ini dirancang lebih setahun yang lalu. Wang Hongwei dan petugas-petugas lain telah membuat persiapan dengan rapi secara bersama-sama. Antara lain, termasuklah memilih lagu-lagu yang akan dipersembahkan dan pakaian untuk dipakai dalam persembahan itu. Mereka berharap agar konsert ini dapat menonjolkan ciri-ciri budaya China.

Seterusnya lagu yang berjudul "Di Padang Rumput Kelihatan Matahari Naik" yang dinyanyikan oleh Wang Hongwei. Lagu ini bercirikan etnik Mongol dan mencurahkan rasa cinta orang etnik Mongol kepada kampung halaman, kedamaian dan tanah air.

Wang Hongwei dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin di Wilayah Autonomi Uygur Xinjang. Beliau amat berminat dengan muzik sejak kecil lagi lantaran pengaruh daripada ibunya. Walaupun berkhidmat sebagai anggota tentera sejak berumur 16 tahun, beliau tidak pernah mengetepikan minatnya yang kuat terhadap muzik, malah beliau pernah mengikuti bimbingan pemuzik China yang terkenal ketika belajar di Institut Kesenian Tentera Pembebasan Rakyat China. Suaranya amat mantap dan beliau pandai menyanyikan lagu rakyat yang bermacam-macam rendah itu.

Seterusnya saya akan menghidangkan lagu rakyat Gansu yang berjudul "Pergi ke Sichuan". Lagu ini dikenali sebagai "lagu cinta di Dataran Tinggi Tanah Kuning" atau "lagu dalam hati ketika berada jauh dari kampung".

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu yang berjudul "Alamuhan". Lagu ini lagu rakyat Uygur dan amat popular di China. Lagu ini dengan iramnyaa yang rancak memuji-muji kecantikan gadis Alamuhan. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Bagi mana rupa gadis Alamuhan? Badannya tidak gemuk dan tidak kurus. Dahinya bagai bulan sabit, pinggangnya ramping, mulut dan matanya juga amat menarik."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China