Cari:
Guanzi
2009-06-08 09:25:40 CRI Cetak

Guanzi merupakan sejenis alat muzik tiupan yang berid dua, yang berasal dari Parsi pada zaman silam. Lebih 2 ribu tahun yang lalu, iaitu pada zaman Han Barat, alat muzik ini menjadi alat muzik yang amat popular di Xinjiang China. Kemudian, ia telah dibawa ke bahagian tengah China. Melalui evolusi, teknik permainannya terus berkembang maju. Sekarang ia menjadi alat muzik yang disukai ramai di bahagian utara China.

Bunyi alat muzik ini agak besar dan lantang. Namun, strukturnya sangat ringkas. Ia terdiri daripada 3 bahagian, iaitu serunai, bahagian penyambung dan bahagian badan. Ia dimainkan untuk persembahan solo, berkumpulan atau sebagai alat muzik iringan.

1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China