Profesor Chen Zhong dari Konservatori Muzik Tianjin telah mecipta Xun yang mempunyai 9 lubang dengan menggunakan tembikar berwarna ungu. Bunyak yang dikeluarkannya lebih lantang, padat dan bertenaga. Tidak lama kemudian, Xun dengan 10 lubang yang diperbuat daripada kayu merah berjaya dihasilkan oleh seorang pelajar profesor itu. Kejayaan itu menjadikan alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi dengan nada yang tinggi.
Xun digunakan terutamanya untuk persembahan muzik diraja.