Alat muzik ini bukan sahaja dapat memainkan irama yang panjang dan tinggi, malah dapat memainkan muzik tarian yang riang gembira serta nada minor yang lembut dan halus. Ia juga dapat meniru bunyi burung.
Seruling di sebelah selatan China lebih panjang dan besar. Bunyi yang dihasilkannya lebih terang, lembut dan halus. Manakala, seruling di sebelah utara pula pendek dan kecil secara perbandingan. Bunyi yang dikeluarkannya pula lebih lantang dan jelas.