Cari:
Lagu Rakyat Jiangsu (1)
2009-06-05 10:29:30 CRI Cetak
Dalam ruangan kali ini, saya memperkenalkan lagu-lagu rakyat provinsi Jiangsu, bahagian tenggara China.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu yang berjudul "Yang Liu Qing". Lagu ini merupakan sejenis senandung yang amat popular di bandar Yangzhou, Jiangsu, dengan perkataan "Yang Liu Qing" disebut berulang kali dalam liriknya. Muziknya rancak dan menggambarkan rasa gembira kaum tani ketika bekerja di ladang. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Pada waktu pagi embun banyak, dapat menyediakan air bagi anak gandum yang baru tumbuh. Pemandangan indah sekali dengan gunung yang menghijau dan air sungai yang jernih. Kampung halamanku lebih indah daripada syurga. Penduduk di sini berani dan rajin, kehidupan kami menjadi semakin baik." Silalah nikmati lagu "Yang Liu Qing".

Provinsi Jiangsu terletak di tengah dan hilir Sungai Yangtze, iaitu kawasan tenggara China. Iklim di provinsi ini sangat nyaman, pemandangan alamnya indah dan hasil tumbuh-tumbunan amat banyak. Mungkin inilah yang menyebabkan lagu rakyat provinsi Jiangsu menjadi sangat merdu.

Kawasan Jiangsu amat makmur sejak zaman dahulu kala lagi. Ia merupakan antara kawasan yang mempunyai industri pertanian yang paling maju di China dan juga merupakan bandar yang lebih awal dibangunkan di China. Lagu rakyat yang tersebar di kawasan ini kebanyakannya merupakan senandung. Seterusnya, silalah nikmati lagu yang berjudul "Pemandangan Gusu". Lagu rakyat ini amat terkenal di China. Lagu ini sebenarnya terdiri daripada 5 buah senandung, setiap satu senandung mempunyai keistimewaan sendiri, tetapi kelima-lima senandung ini kedengaran harmoni. Lagu ini memuji-muji kepada pemandangan yang indah di kawasan Jiangsu.

Senandung ialah sejenis lagu rakyat utama di China dan terdapat di pelbagai tempat di China. Senandung biasanya dicipta dan digubah oleh pemuzik profesional dan semi profesional. Lirik lagunya juga dicetak untuk mengedarkannya dengan mudah kepada generasi muda. Sekarang, saya akan menghidangkan sebuah senandung yang berjudul "Jiulianhuan yang Kecil". "Jiulianhuan" ialah sejenis alat permainan untuk membantu membina kecerdasan. Alat ini terbentuk daripada sebuah rangka dengan 9 buah bulatan. Pemainnya akan memisahkan 9 buah bulatan itu daripada rangka tersebut. Lagu ini menceritakan kisah seorang gadis yang mendapat sebuah "Jiulianhuan" yang dihadiahkan oleh kekasihnya. Dia cuba memisahkan bulatan itu daripada rangka tersebut tetapi gagal. Silalah nikmati lagu yang berjudul "Xiao Jiulianhuan".

Akhirnya, saya akan menghidangkan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh petani yang tinggal di sebelah utara Jiangsu ketika bekerja di ladang.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China