Cari:
Lagu Rakyat Etnik Uygur Bahagian 1
2009-06-30 17:22:52 CRI Cetak

Etnik Uygur, dengan anggota masyarakatnya yang pandai menyanyi dan menari tinggal di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, kawasan barat laut China. Dalam rancangan hari ini, saya akan menghidangkan lagu rakyat Uygur agar saudara dapat mengetahui budaya tradisi dan kehidupan masyarakat etnik ini melalui lagu mereka.

Sebagai hidangan pertama, silalah nikmati lagu rakyat Uygur yang amat popular di China, iaitu lagu yang berjudul "Awariguli". Lagu ini menceritakan kisah seorang pemuda yang menunggang kuda untuk bertemu dengan seorang gadis yang bernama Awariguli. Dia memainkan alat muzik Rewapu sambil menyanyi semasa menunggang kuda dalam perjalananya itu.

Seterusnya saya akan hidangkan lagu rakyat Uygur yang berjudul "Secawan Arak". Rentak muzik lagu ini lebih perlahan dan iramanya merdu. Lirik lagunya berbunyi "rasa cinta ku seperti secawan arak. Kekasihku silalah minum. Kekasihku, wajahmu yang cantik sentiasa menarikku. Dengan itu, aku menahan penderitaan keranamu. Silalah terima secawan arak yang kusumbangkan dari hatiku. Meminumnya anda akan merasai bahagia."

Xinjiang terletak di laluan "Jalan Sutera". Jadi, muzik etnik Uygur bukan sahaja mencantumkan ciri-ciri muzik di kawasan Asia Barat, Parsi dan Arab, tetapi juga terkena pengaruh daripada muzik etnik Uzbek dan Tatar. Perkembangan muziknya yang sudah begitu lama membuatkan muzik etnik Uygur ini membentuk gayanya yang istimewa.

Sekarang saya akan menghidangkan lagu rakyat Uygur yang berjudul "Alabalihan". Lagu ini menceritakan rasa sedih seorang penunggang kuda selepas kehilangan kekasihnya.

Lagu rakyat Uygur, dari segi temanya boleh dibahagikan kepada lagu cinta, lagu bekerja, lagu sejarah dan lagu kehidupan. Antaranya lagu cinta paling banyak. Rasa cinta yang disampaikan melalui lagu rakyat Uygur ini menjadi persembahan yang menarik.

Akhir sekali marilah kita bersama-sama menikmati lagu rakyat Uygur yang berjudul "Bunga Delima". Lagu ini menyifatkan gadis sebagai bunga delima. Antara lirik lagunya berbunyi "Bunga delima, bunga delima yang disayangi, kekasih mu di mana? Kalau engkau masih belum ada kekasih, aku juga sama denganmu. Aku menghadiahkan cintaku kepadamu, moga-moga engkau setuju. Matamu yang bercahaya dan imejmu yang menarik kekal tersimpan di hatiku."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China