Cari:
Hulubalang Qi Jiguang, Pahlawan Bangsa China pada Abad Ke-16
2009-06-24 10:15:29 CRI Cetak

Hulubalang Qi Jiguang merupakan seorang pahlawan bangsa China. Cerita tentang beliau yang mengarahkan tenteranya sehingga berjaya mengalahkan penceroboh Jepun yang menceroboh kawasan perairan dan wilayah China telah tersebar secara meluas dalam lapisan masyarakat China.

Pada abad ke-14 sehingga abad ke-16 iaitu pada zaman Dinasti Ming China, kumpulan lanun Jepun sentiasa menceroboh kawasan-kawasan pantai di Shandong, Zhejiang dan Fujian di bahagian timur dan tenggara China. Selepas abad ke-16, pencerobohan lanun Jepun terhadap kawasan-kawasan China tersebut semakin berleluasa. Mereka merampas harta benda, membakar rumah bahkan membunuh penduduk China. Kumpulan lanun tersebut bukan saja sangat kuat, tetapi sentiasa berpindah-randah. Oleh sebab itulah, tentera China tidak berdaya membanteras kumpulan lanun tersebut. Kegiatan lanun Jepun tersebut telah menjejaskan secara serius keselamatan penduduk di kawasan-kawasan tersebut China. Semasa kegiatan lanun Jepun semakin menjadi-jadi, hulubalang Qi Jiguang telah ditugaskan untuk membanteras lanun Jepun di kawasan pantai.

Qi Jiguang dilahirkan pada tahun 1528 di Penglai Shandong di pantai timur China. Datuk dan bapanya ialah hulubalang tentera Dinasti Ming. Semenjak kanak-kanak Qi Jiguang telah membaca banyak buku klasik dan buku tentang taktik peperangan yang termasyhur yang ditulis oleh orang terdahulu dan beransur-ansur telah mengetahui banyak pengetahuan ketenteraan dan kaedah pengarahan tentera. Semasa berusia 17 tahun, beliau dilantik sebagai pegawai tentera. Pangkatnya dalam pasukan tentera dinaikkan secara berterusan disebabkan keterampilan beliau yang tinggi dalam bidang ketenteraan.

Setelah dilantik oleh maharaja sebagai panglima tentera untuk menangkis dan membanteras kumpulan lanun Jepun, akhirnya hulubalang Qi Jiguang telah menyimpulkan sebabnya tentera Dinasti Ming tidak dapat membanteras kumpulan lanun Jepun pada masa yang lalu. Beliau berpendapat bahawa tentera Dinasti Ming tidak cukup kuat bagi menewaskan serangan kumpulan lanun Jepun yang garang lagi kejam itu. Oleh sebab itu beliau telah membentuk pasukan tentera yang baru. Berdasarkan catatan sejarah, semasa membentuk pasukan tentera yang baru, hulubalang Qi Jiguang merekrut ahli tentera baru daripada kalangan rakyat. Beliau telah memilih mereka yang sentiasa bergaduh dan memberikan latihan ketenteraan kepada mereka supaya mereka menjadi tentera yang mahir berperang. Dengan berbuat demikian, pasukan tentera baru yang dipimpin oleh beliau menjadi semakin kuat. Selain itu, hulubalang Qi Jiguang telah membina kapal perang dan membentuk angkatan tentera laut. Tentera yang dipimpin oleh beliau telah mencapai kemenangan berterusan dalam peperangan terhadap kumpulan lanun Jepun dan menjadi semakin termasyhur.

Pada tahun 1561, seramai lebih 10 ribu orang lanun Jepun melancarkan serangan secara besar-besaran terhadap Taizhou, Zhejiang di timur China. Hulubalang Qi Jiguang mengarahkan tenteranya beroperasi secara pesat bagi membanteras kumpulan lanun Jepun itu. Lanun Jepun yang kejam itu telah mencampakkan harta rampasan yang berupa barang-barang kemas dan harta benda kepada pasukan tentera Qi Jiguang dalam cubaan untuk menghuru-harakan operasi ketenteraan pimpinan hulubalang Qi Jiguang. Akan tetapi, disebabkan tentera pimpinan hulubalang Qi Jiguang merupakan tentera yang telah menjalani latihan ketenteraan yang keras dan berdisiplin, maka tiada seorang pun daripada tentera itu yang mengambil harta rampasan tersebut. Dengan serangan yang dahsyat, tentera pimpinan hulubalang Qi Jiguang telah berjaya membanteras dan mengusir kumpulan lanun Jepun tersebut.

Pada tahun 1562, selepas berjaya menghapuskan sekumpulan lanun Jepun yang menduduki pulau di Fujian dalam tempoh masa yang panjang, hulubalang Qi Jiguang menyebarkan berita bahawa tenteranya sangat letih dan akan berehat untuk seketika. Sekumpulan lanun Jepun yang lain di tempat yang berjarak beberapa puluh kilometer telah mengabaikan kewaspadaan selepas mendengar berita itu. Di luar dugaannya, hulubalang Qi Jiguang telah mengarahkan tenteranya menyerbu segera pada malam itu dan telah menawan lebih 60 buah khemah kumpulan lanun Jepun itu dan telah membanteras kumpulan lanun Jepun itu.

Tentera pimpinan hulubalang Qi Jiguang disanjung tinggi oleh rakyat China dan beberapa kuil telah dibina oleh rakyat di kawasan pantai untuk upacara menyembahyangkan hulubalang Qi Jiguang.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China