Cari:
Lagu Rakyat Etnik Uygur2
2009-07-08 11:48:21 CRI Cetak
Dalam rancangan hari ini, saya akan meneruskan penerangan tentang lagu rakyat etnik Uygur, sambil menghidangkan beberapa buah lagu mereka supaya saudara dapat mengetahui lebih lagi tentang budaya tradisi dan kehidupan rakyat etnik ini melalui lagu mereka.

Etnik Uygur mempunyai budaya mereka sendiri yang cemerlang, terutamanya sastera kalangan rakyat mereka yang amat kaya. Ia merangkumi cerita, dongeng dan peribahasa yang terkenal di China. Lagu rakyat etnik Uygur menceritakan kehidupan rakyat yang melibatkan pelbagai aspek dan dipersembahkan dengan pelbagai acara. Sempena hari raya atau pesta, orang etnik Uygur, baik yang lelaki mahupun perempuan, yang tua atau muda, belia atau kanak-kanak, akan berkumpul untuk menyanyi bersama-sama dan menari bersama-sama, diiringi oleh bunyi gong.

Sebagai hidangan pertama, silalah nikmati lagu rakyat Uygur yang amat popular di China, iaitu yang berjudul "Alamuhan". Lagu ini memuji-puji seorang gadis yang bernama Alamuhan kerana wajahnya yang cantik sekali.

Lagu rakyat Uygur, dari segi temanya boleh dibahagikan kepada lagu cinta, lagu bekerja, lagu sejarah dan lagu kehidupan. Antara lagu bekerja ada yang menceritakan kerja memburu, menggembala dan menuai hasil tanaman. Manakala lagu sejarah pula, banyak yang menceritakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah etnik Uygur. Lagu kehidupan ialah lagu yang lebih banyak menggambarkan adat resam masyarakat Uygur, misalnya lagu bagi upacara perkahwinan dan lagu upacara pengebumian. Antara lagu-lagu rakyat Ugyur, lagu cinta paling banyak. Seterusnya marilah kita bersama-sama menikmati lagu cinta yang berjudul "Hanya Sehati Sahaja". Dalam lagu ini, pemuda akan menyampaikan rasa cintanya kepada kekasihnya. Lirik lagunya, antara lain berbunyi "Hatimu dan hatiku, kita memang sehati. Aku sanggup mengorbankan nyawaku hanya keranamu. Apa yang kulakukan semuanya untuk kegembiraanmu. Betapa aku berharap untuk membina cinta suci denganmu." Silalah nikmati lagu ini.

Antara lagu cinta rakyat Uygur, ada yang menceritakan pujian kepada kekasih, ada janji yang ikhlas kepada cinta dan juga ada rasa sedih kerana kehilangan kekasih. Seterusnya, saya akan menghidangkan lagu yang berjudul "Gadis Duosi". Lirik lagunya, antara lain berbunyi, "Rasa sedih yang amat sangat dalam hatiku sukar diceritakan. Aku mau pergi ke tempat yang jauh. Hatiku kau lukai. Gadis Duosi, kekasihku, aku tak ingin kehilanganmu. Silalah nikmati lagu ini.

Akhir sekali saya akan menghidangkan lagu yang berjudul "Aku Begitu Gembira Hari Ini". Lagu ini menceritakan beberapa orang gadis etnik Uygur menaiki pedati ke pasar untuk membeli topi yang berwarna-warni. Topi yang kecil dan berwarna-warni ini amat digemari oleh orang etnik Uygur, tidak kira lelaki atau perempuan. Topi ini juga selalu dijadikan hadiah yang dianggap amat berharga bagi kawan-kawan dan saudara mara. Silalah nikmati lagu yang berjudul "Aku Begitu Gembira Hari Ini".

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China