Cari:
Lagu Nyanyian Yan Weiwen
2009-07-15 11:57:38 CRI Cetak

Dalam rancangan hari ini, saya akan memperkenalkan album lagu rakyat yang dinyanyikan oleh biduan China terkenal, Yan Weiwen.

Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu rakyat Guizhou yang berjudul "Sinar Matahari Menyinari Batu" yang dipersembahkan oleh Yan Weiwen. Lagu ini menceritakan rasa cinta yang mendalam daripada seorang remaja kepada kekasihnya.

Yan Weiwen ialah seorang penyanyi dari pasukan tentera. Beliau dilahirkan di provinsi Shanxi, tempat yang dikenali sebagai "kampung lagu rakyat". Beliau hanya berminat kepada lagu rakyat sejak beliau menjadi seorang penyanyi 30 tahun lalu. Beliau bukan sahaja berusaha meningkatkan tahap nyanyiannya dalam persembahannya, malah juga meningkatkan tahap kefahamannya terhadap seni. Beberapa tahun yang lalu, Yan Weiwen pernah menghasilkan album lagu rakyat yang berjudul "Lagu Cinta Kawasan Barat China", "Lagu Rakyat Dataran Tinggi Tanah Kuning" dan "Lagu Cinta Tanah Merah" yang diperkenalkan dalam rancangan hari ini.

Seterusnya marilah kita nikmati lagu rakyat Guizhou yang berjudul "Gadis Mencuci Pakaian di Sungai". Lagu ini ialah lagu rakyat etnik Gelao yang menceritakan kisah gadis etnik Gelao yang mencuci pakaian di tepi sungai sambil melirik kekasihnya. Sebahagian kehidupan etnik Gelao digambarkan melalui lagu ini.

Album lagu rakyat yang berjudul "Lagu Cinta Tanah Merah" yang dihasilkan oleh Yan Weiwen mengandungi 12 buah lagu rakyat Guizhou dan Yunnan. Antaranya bukan sahaja lagu rakyat yang amat popular di China, malah lagu dari filem pada tahun 1960-an, di samping lagu rakyat yang dicipta atau digubah baru-baru ini.

Sekerang saya akan menghidangkan lagu rakyat Guizhou yang berjudul "Bunga Berwarna Merah, Bunga Terbaik". Lagu ini ialah lagu rakyat etnik Buyi. Muziknya merdu dan lirik lagunya menceritakan rasa cinta masyarakat etnik Buyi terhadap alam.

Akhir sekali, saya akan menghidangkan lagu rakyat etnik Miao yang berjudul "Lagu Fei". "Fei" dalam dialek etnik Miao bermakna "berteriak". Masyarakat etnik Miao, kebanyakannya tinggal di kawasan pergunungan. Setiap kampung, walaupun dapat dilihat, dan jika berteriak barulah dapat dengar suara antara satu sama lain, kerana jaraknya amatlah jauh. Berlatarbelakangkan keadaan tersebut, muncullah "Lagu Fei". Rentaknya cepat dan nadanya tinggi.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China